|
||||||||||
|
|
Lawatan ke Sri PenaraAugust 5, 2008 on 10:00 am | In Lawatan | No CommentsAJK harian Pas BTR akan turun mengadakan lawatan ke cawangan Sri Penara pada esok Rabu 6 Ogos 2008 jam 9:30 malam. Diminta kepada semua ahli-ahli pas cawangan Sri Penara untuk hadir ke majlis ini. Hubungi ketua cawangan Sri Penara, Sdr Rozi untuk maklumat tempat program. Program Liqa’ FikriAugust 5, 2008 on 9:52 am | In Pemuda | No CommentsDewan Pemuda Pas BTR bersama Dewan Pemuda Pas Wilayah akan mengadakan program liqa’ Fikri di Taman Jaya pada hari ini Selasa 5 Ogos 2008 jam 9:30 malam. Semua ahli-ahli pemuda Pas BTR adalah diwajibkan hadir. Diminta kepada semua ketua-ketua pemuda Pas cawangan untuk membawa semua ahli-ahli pemuda cawangan ke program ini. Hubungi Setiausaha Pemuda BTR, sdr Fadhil untuk maklumat lanjut. Ezam nak bertanding di BTR?July 29, 2008 on 2:49 pm | In Parlimen BTR | No CommentsRasa loya tekak saya apabila membaca yang Ezam ingin bertanding mewakili BN untuk melawan DSAI di Bandar Tun Razak. Ezam berkokok mengatakan beliau mampu mengalahkan bekas boss beliau itu jika Bandar Tun Razak menjadi pilihan DSAI untuk kembali ke Parlimen dan seterusnya ke Putra Jaya. Apa Ezam ingat senang-senang nak jadi calun BN bertanding pilihanraya? Baru sebulan dua jadi ahli UMNO terus nak jadi calun. Ingat MCA akan duduk diam dan membenarkan kerusi tradisi mereka ini dirampas oleh UMNO? Jangan ingat pula UMNO BTR akan membiarkan semudah itu kerusi ini diserahkan kepada orang yang pernah menyerang hebat UMNO satu ketika dulu? Tak semudah yang difikirkan oleh Ezam. Saya cadangkan Ezam carilah cara lain untuk mengangkat diri beliau ke pesada politik tertinggi UMNO. Pas BTR mengalu-alukan DSAI bertanding di Parlimen P124 ini. InsyaAllah PKR akan mendapat undi yang lebih baik berbanding pada pilihanraya yang lalu. Ustaz Nasha di Bkt AnggerikJuly 28, 2008 on 12:33 pm | In Dewan | No CommentsCeramah Umum yang kan disampaikan oleh Ustaz Nasharudin mat Isa, Timbalan Presiden Pas akan diadakan pada Rabu 30 Julai 2008 di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik, Cheras. Program akan bermula selepas solat maghrib. Semua dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut hubungi imam Jalius di 0192838952. Buletin tarbiyyahJuly 23, 2008 on 5:35 pm | In Tazkirah | 1 CommentDibawah ialah buletin tarbiyyah yang dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda Pas Wilayah untuk tatapan kita semua. PAS-UMNO talkJuly 22, 2008 on 3:46 pm | In Umum | No CommentsPertemuan diantara pimpinan Pas dan UMNO. Isu ini telah mengundang berbagai-bagai pandangan samada dari ahli-ahli pas sendiri mahupun dari orang yang berada diluar parti. Masing-masing memberikan hujjah masing-masing dalam memberikan pandangan. Ada blogger yang menghentam pimpinan pas dengan perkataan-perkataan yang kurang enak yang membuatkan saya sebagai ahli pas merasa kurang senang apabila membacanya. Walaupun mereka berhak untuk menyuarakan pendapat mereka, tetapi patah-patah perkataan yang dipilih (seperti melacur, kondom, main belakang, dll) agak menyakitkan hati apatah lagi bila ditujukan kepada pimpinan Pas. Saya secara peribadi lebih bersetuju dengan pandangan Ust Nik Abduh Nik Mat yang tulisan beliau juga dipaparkan dalam blog Roslan SMS. Kenapa perlu disempitkan ruang dakwah? Adakah apabila Pas berbaik-baik dengan UMNO bermakna kita perlu menyertai UMNO atau BN? Dan yang lebih penting lagi mana yang akan mendatangkan kebaikan kepada islam. Kalau dalam PR tidak banyak islam yang dapat dilaksanakan oleh Pas, apa ertinya untuk terus berada disana? Seperti kata Tn Guru Presiden, Pas ada kekuatan sendiri, pas pernah bersendirian. Kalau dengan bersendirian itu membuatkan Pas lebih mantap dengan perjuangan menegakkan islam, apa masalahnya untuk kita bersendirian. Kalau kalah pilihanraya menjadi isunya, apa masalahnya kerana pas sebelum inipun telah banyak kali kalah! Pas tidak akan mati, insyaallah. Pas akan terus hidup dengan ahli-ahlinya yang ikhlas memperjuangkan islam. Kalau 100 tahun itu yang diperlukan oleh pas untuk mendapatkan kuasa untuk menegakkan islam…lantak pi lah walaupun 1000 tahun sekalipun. Selepas PKR memenangi kerusi parlimen BTR, hampir tiada langsung pertemuan apatah lagi kerjasama diantara Pas dan PKR samada diperingkat kawasan mahupun diperingkat negeri. Walaupun pertemuan telah dibuat diantara AJK Harian pas dan Tan Sri Khalid, tiada apa yang diperolehi hasil dari pertemuan tersebut. Bahkan lagi menyakitkan hati, saya mendapat maklumat yang Tan Sri Khalid sendiri tidak tahu yang beliau ada perjumpaan dengan pimpinan Pas BTR pada hari tersebut. PKR Bahagian BTR langsung tidak memperdulikan Pas. Pas langsung tidak dijemput dalam program-program masyarakat yang dihadiri oleh Tan Sri Khalid. Sejak akhir-akhir ini, Tan Sri Khalid sudah jarang turun ke BTR. Beliau terlalu sibuk menjaga Selangor. Mungkin ada baiknya beliau pertimbangkan untuk mengosongkan kerusi BTR untuk diberikan kepada DSAI. Setakat ini, tiada apa-apa manafaat yang pas BTR perolehi dari berwakil rakyatkan PKR. Apabila kami turun membuat lawatan ke cawangan-cawangan, antara soalan yang diajukan kepada kami ialah apakah kerjasama yang telah dilakukan dengan PKR di BTR. Kesian ahli-ahli pas kerana mereka menyangkakan hubungan diantara kami erat, rupa-rupanya hampeh. Pas akan mengadakan muktamarnya di Perak Ogos ini. Mungkin di sana nanti akan diputuskan apakah langkah yang seterusnya yang perlu diambil oleh Pas dalam usaha menegakkan islam. Harapan saya, walau apa pun pendekatan yang akan diambil, ahli-ahli Pas tetap bersatu dan memberikan sokongan yang padu kepada pimpinan. Walaupun mungkin kita ada pendapat kita sendiri yang berlainan dari pendakatan yang persetujui pimpinan, bersabarlah dan bersifat terbuka lah. Walaq anda diperlukan. Ujang SWTSU. « Previous Page — Next Page » |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |