PAS BTR

Biar betul dia ni?
Siapa sebenarnya YB Zulkifli Noordin ni? Banyak yang diperkatakan tentang beliau terutamanya selepas peristiwa hitam forum “Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam dua minggu sudah. Dari apa yang ditulis, beliau dikatakan ahli PKR, betul ke?

Untuk pengetahuan semua, YB Zul sekarang memegang jawatan Pengerusi Tetap Pas Kawasan BTR. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Yang Di Pertua Pas Kawasan Bandar Tun Razak bagi penggal 2003-2005 selepas memenanginya dari mantan YDP Mejar(B) Abd Rashid Hassan Basri. Beliau adalah ahli Pas BTR yang berdaftar. Beliau telah menunjukkan buktinya pada kami pada masa tersebut dengan menunjukkan sijil keahlian beliau yang beliau daftarkan melalui Ust Abd Ghani Rahman (PJ Pas Melaka sekarang ini). Cuma yang menjadi musykilnya beliau telah bertanding atas tiket Parti Keadilan Nasional (PKN) di Selangor pada pilihanraya 2004 setelah cadangan Pas BTR beliau bertanding atas tiket Pas di Parlimen P124 BTR ditolak oleh Badan Perhubungan Pas Wilayah Persekutuan. Beliau kalah dalam pilihanraya tersebut.

Dalam pilihanraya 2008 yang lalu sekali lagi beliau telah bertanding atas tiket PKR di Parlimen Kulim Bandar Baharu dan menang.

Dia ni ada dua keahlian ke? Ok ke untuk Pas menerima ahli dengan yang bertanding atas tiket parti yang lain?

Kalau ditengok dari apa yang diperjuangkan oleh beliau, lebih aula untuk beliau berada dalam Pas dari pada PKR. Dari apa yang saya baca di akhbar ’siasah’, beliau mungkin akan masuk UMNO kerana tidak bersetuju dengan perjuangan PKR. Kalau dia masuk UMNO, apa yang terjadi sebenarnya ialah dia balik keasal usulnya kerana dia ni sebelum semua ini adalah ahli UMNO!

Lawatan harian ke Delima
Esok Selasa 19 Ogos 2008, AJK Harian Pas BTR akan turun melawat cawangan Delima dan cawangan Taman Bukit Anggerik. Program akan dilakukan secara bersama diantara dua cawangan ini. Ini merupakan lawatan terakhir dalam siri-siri lawatan ke cawangan-cawangan untuk tahun ini. Tentu banyak maklumat yang akan disampaikan oleh YDP dan rombongan setelah baru kembali dari muktamar Pas Pusat minggu lalu. Semua ahli-ahli cawangan diminta hadir. Sila hubungi ketua cawangan masing-masing untuk maklumat tempat dan waktu.

Demi Islam
lagi untuk renungan kita bersama :

Malaysiakini : PAS tegas mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan parti dan sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat jika ia tidak menguntungkan Islam.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap merasmikan konvensyen PAS Pulau Pinang, Ahad lalu.

Ia disahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin diketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Akhbar tabloid harian, Sinar Harian melaporkan perkara yang sama di muka hadapannya hari ini.

Hafiz berkata, pendirian tersebut menunjukkan bahawa perjuangan PAS mempertahankan Islam konsisten sejak dahulu lagi.

Katanya, ucapan Abdul Hadi itu merujuk tanggal 16 September depan apabila ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat kepada Pakatan Rakyat.

Seperti yang telah dinyatakan oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyertaan mereka cukup untuk memboleh Pakatan mengambil alih pemerintahan negara.

Bantu calon PKR

Sementara itu, Hafiz berkata, dalam ucapannya Ahad lalu, presiden PAS itu menegaskan jika ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai daripada ahli Parlimen Islam, PAS tidak akan menyertai kerajaan Pakatan Rakyat.

“Tuan Guru (Abdul Hadi) menegaskan dalam ucapannya bahawa kita bukan perkauman tetapi menjadi tanggungjawab parti untuk mempertahankan dasar Islam.

“Beliau juga menegaskan bahawa setelah 50 tahun orang Melayu memerintah negara ini, tetapi jika orang bukan Melayu mengambilalih, (maka) ia sukar kepada negara dan rakyat.

“Oleh itu, kata Tuan Guru lagi, jika ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai, ia akan menggugat orang Islam,” kata Hafiz.

Katanya, ucapan Abdul Hadi mendapat sokongan dari lebih 100 pemimpin PAS negeri yang menghadiri konvenyen tersebut.

Bagaimanapun, kata Hafiz, Abdul Hadi telah menyatakan bahawa PAS akan tetap menyokong calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Di sini saya paparkan tulisan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Ust Nasarudin Tontowi untuk renungan kita.

“CADANGAN: JIKA ISLAM TIDAK DOMINAN PAS WAJIB MENARIK DIRI

Ramai juga yang yakin bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 september ini . Saya sendiri beberapa kali diajukan pertanyaan apakah benar kerajaan ini akan dibentuk pada 16 september.

Saya hanya menjawab Wallahua’lam ( Allah swt. sahaja yang maha Mengetahui ) . Saya tidak mahu mendahului takdir Ilahi .

Sememangnya hati dan perasaan saya cukup tebal agar Kerajaan Barisan Nasional yang menganut faham sekular ini ditumbangkan bersama dengan koleksi kezaliman dan kekejaman yang mereka lakukan ke atas rakyat negara ini.

Tetapi sebagai seorang anggota gerakan Islam , saya juga tidak mahu kita meruntuhkan kerajaan jahiliyyah dan membina kerajaan jahiliyyah yang baru . Sebaliknya apa yang kita mahu ialah kita meruntuhkan kerajaan Jahiliyyah dan kita menubuhkan Kerajaan Islam yang menepati konsep Baldatun Toiyyibatun Wa Rabbun Ghafuur .

Andai benar Pakatan Rakyat berjaya menubuh kerajaan persekutuan pada 16 sept ini , persoalan tertumpu kepada bagaimana bentuk kerajaan tersebut ?

Apakah kerajaan tersebut terdiri daripada majoriti ahli parlimen dikalangan bukan Islam ? apakah jawatan timbalan perdana menteri juga akan terdiri dikalangan bukan Islam ? Dengar khabarnya Perdana Menteri sudah pasti Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan beliau di katakan akan melantik 3 timbalan perdana menteri .

Saya tidak bersifat perkauman . Ertinya saya tidak kisah MP ( ahli parlimen ) terdiri dari kalangan bangsa / kaum Cina , India , Melayu atau lainnya , tetapi yang penting mestilah muslim dan mukmin.

Justeru itu , jika kerajaan Pakatan Rakyat yang dikatakan akan terbentuk pada 16 sept ini tidak didominasikan oleh MP dikalangan muslim , maka ia membawa maksud kerajaan itu bukan lagi kerajaan orang Islam ( jauh sekali kerajaan Islam ) .

Maksud yang sama juga ialah kuasa politik negara ini bukan lagi berada di tangan orang Islam. Tentu sahaja masa depan orang Islam di negara kita akan terus menghadapi hari - hari suram dan kelamnya.

Pada hemat saya , PAS sebagai sebuah Gerakan Islam tidak boleh membenarkan kerajaan yang menghakis kuasa politik orang Islam dibentuk dalam negara kita. Membenarkannya juga membawa erti kita telah melanggar dan bersalahan dengan semangat perlembagaan parti yang kita tubuh dan perjuangkan selama ini. Iaitu ke arah membentuk kerajaan yang terlaksana di dalamnya al amru bil makruf dan an Nahyu anil Mungkar pula menurut lunas syariat .

PAS mesti memastikan kuasa politk terus kekal ditangan orang Islam sekalipun ia bukan melayu . Namun secara sifir kasarnya orang Islam di dalam negara kita adalah terdiri ramai dikalangan orang melayu .

Pakatan Rakyat , khasnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim sendiri mestilah peka perkara ini . Kerajaan yang hendak dibentuk mestilah tidak meninggalkan kuasa politik orang - orang Islam khasnya dan orang melayu amnya.

Janganlah asal boleh menjadi Perdana Menteri, maka siapa sahaja ahli parlimen yang boleh bersama untuk membentuk kerajaan diterima lalu dibentuk kerajaan tanpa melihat di mana kuasa politk orang Islam dan dimana kuasa politik orang Melayu ?

Kebimbangan saya ini berasaskan maklumat bahawa 30 MP yang bakal melompat masuk Pakatan Rakyat adalah terdiri dari kalangan MP bukan Islam kecuali 2 orang sahaja .

Saya cadangkan PAS mesti keluar dari Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat terus bermaksud ingin membentuk kerajaan persekutuan tanpa memastikan agar kuasa politik itu mesti didominasikan oleh orang Islam .

Saya rasa , semua orang Islam apatah lagi pendokong gerakan Islam boleh bersetuju dengan cadangan saya .

Kalau kita begitu terguris hati apabila PAS mengadakan muzakarah dengan UMNO kerana melihat UMNO adalah musuh politik , zalim , kejam dan segala najis mungkar bersamanya , saya yakin mereka ini akan lebih terguris hatinya ketika melihat kerajaan persekutuan yang bakal dibentuk pada 16 sept oleh Pakatan Rakyat nanti , didominasikan oleh golongan bukan Islam . Sekurang - kurangnya UMNO yang dibenci itu masih lagi ahli syahadah.

Kepada sahabat perjuangan , perkukuhkan amal Islami kita , perteguhkan gerak kerja amal tarbawi kita guna memacu perjuangan yang kini memasuki episod baru , membelah badai yang datang dari segenap arah untuk meranapkan cita - cita besar kita , yang mahu melihat tertegaknya Negara Islam di atas tanahair kita .

Hari ini , saya semakin faham kenapa Tok Guru Presiden terus bertegas untuk bermuzakarah dengan siapa sahaja individu , parti politik atau pun NGO demi masa depan Islam dan ummah agar kuasa politik terus ditangan ummat Islam dan ianya tidak terlepas.

Apa yang semakin saya pelajari dari skil politik Tok Guru ini ialah agar kita berhati - hati memacu perjuangan supaya tidaklah kita keluar dari mulut buaya ( Jahiliyyah ) dan kita masuk mulut harimau ( jahiliyyah )

Buaya meskipun ganas , keganasannya hanya terhad di dalam air ( sungai ) yang jarang - jarang sekali kita merentasinya. Apa yang lebih bimbang ialah Harimau , keganasannya adalah di darat sedang kita hidup didarat ini .

Semoga Allah selamatkan Perjuangan suci ini . Takbiiiirr !! ( 3 kali )

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi

Markas PAS BTR berpindah
Kami akan berpindah lagi. Markas PAS Kawasan BTR yang sekarang terletak di Business Centre Plaza Phoenix akan dipindahkan ke Desa Tun Razak. Kami akan berpindah mengambil alih pejabat PKR yang berada di Desa Tun Razak. Ruang pejabat di ini lebih besar dan lebih strategik kedudukannya. InsyaAllah jika tiada aral melintang, dalam bulan Ogos ini sebelum umat islam mula berpuasa, kerja perpindahan itu akan diselesaikan. Sumbangan anda diperlukan kerana sewa pejabat ini lebih tinggi dari sewa pejabat yang lama. Kepada sesiapa yang berhajat untuk menghulurkan bantuan secara tetap, hubungi YDP atau Setiausaha Kawasan.

Mudah-mudahan dengan markas yang baru ini, pas BTR akan lebih menonjol penampilannya kepada masyarakat di BTR.

Lawatan harian ke cawn2
Untuk lawatan seterusnya, AJK Harian pas Kawasan BTR akan turun ke cawangan-cawangan seperti berikut :

1) Lawatan ke Cawangan Kg Malaysia dan Kg Malaysia

Tambahan pada Jumaat 8 Ogos 2008 9:30 malam di markas

cawangan Kg Malaysia Tambahan.

2) Lawatan ke cawangan Sri Kota dan Taman Mulia pada Isnin 11

Ogos 9:30 malam.

3) Lawatan ke cawangan Sri Johor,Sri Melaka dan Sri P Pinang

pada Rabu 13 Ogos 9:30 malam.

Kepada semua ahli-ahli cawangan diminta hadir ke program diatas mengikut cawangan masing-masing. Hubungi ketua cawangan masing-masing untuk maklumat lanjut.

Lawatan ke Sri Penara
AJK harian Pas BTR akan turun mengadakan lawatan ke cawangan Sri Penara pada esok Rabu 6 Ogos 2008 jam 9:30 malam. Diminta kepada semua ahli-ahli pas cawangan Sri Penara untuk hadir ke majlis ini. Hubungi ketua cawangan Sri Penara, Sdr Rozi untuk maklumat tempat program.

Program Liqa’ Fikri
Dewan Pemuda Pas BTR bersama Dewan Pemuda Pas Wilayah akan mengadakan program liqa’ Fikri di Taman Jaya pada hari ini Selasa 5 Ogos 2008 jam 9:30 malam. Semua ahli-ahli pemuda Pas BTR adalah diwajibkan hadir. Diminta kepada semua ketua-ketua pemuda Pas cawangan untuk membawa semua ahli-ahli pemuda cawangan ke program ini. Hubungi Setiausaha Pemuda BTR, sdr Fadhil untuk maklumat lanjut.

Ezam nak bertanding di BTR?
Rasa loya tekak saya apabila membaca yang Ezam ingin bertanding mewakili BN untuk melawan DSAI di Bandar Tun Razak. Ezam berkokok mengatakan beliau mampu mengalahkan bekas boss beliau itu jika Bandar Tun Razak menjadi pilihan DSAI untuk kembali ke Parlimen dan seterusnya ke Putra Jaya. Apa Ezam ingat senang-senang nak jadi calun BN bertanding pilihanraya? Baru sebulan dua jadi ahli UMNO terus nak jadi calun. Ingat MCA akan duduk diam dan membenarkan kerusi tradisi mereka ini dirampas oleh UMNO? Jangan ingat pula UMNO BTR akan membiarkan semudah itu kerusi ini diserahkan kepada orang yang pernah menyerang hebat UMNO satu ketika dulu? Tak semudah yang difikirkan oleh Ezam. Saya cadangkan Ezam carilah cara lain untuk mengangkat diri beliau ke pesada politik tertinggi UMNO.

Pas BTR mengalu-alukan DSAI bertanding di Parlimen P124 ini. InsyaAllah PKR akan mendapat undi yang lebih baik berbanding pada pilihanraya yang lalu.

Ustaz Nasha di Bkt Anggerik
Ceramah Umum yang kan disampaikan oleh Ustaz Nasharudin mat Isa, Timbalan Presiden Pas akan diadakan pada Rabu 30 Julai 2008 di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik, Cheras. Program akan bermula selepas solat maghrib. Semua dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut hubungi imam Jalius di 0192838952.