|
||||||||||
|
|
Ezam nak bertanding di BTR?July 29, 2008 on 2:49 pm | In Parlimen BTR | No CommentsRasa loya tekak saya apabila membaca yang Ezam ingin bertanding mewakili BN untuk melawan DSAI di Bandar Tun Razak. Ezam berkokok mengatakan beliau mampu mengalahkan bekas boss beliau itu jika Bandar Tun Razak menjadi pilihan DSAI untuk kembali ke Parlimen dan seterusnya ke Putra Jaya. Apa Ezam ingat senang-senang nak jadi calun BN bertanding pilihanraya? Baru sebulan dua jadi ahli UMNO terus nak jadi calun. Ingat MCA akan duduk diam dan membenarkan kerusi tradisi mereka ini dirampas oleh UMNO? Jangan ingat pula UMNO BTR akan membiarkan semudah itu kerusi ini diserahkan kepada orang yang pernah menyerang hebat UMNO satu ketika dulu? Tak semudah yang difikirkan oleh Ezam. Saya cadangkan Ezam carilah cara lain untuk mengangkat diri beliau ke pesada politik tertinggi UMNO. Pas BTR mengalu-alukan DSAI bertanding di Parlimen P124 ini. InsyaAllah PKR akan mendapat undi yang lebih baik berbanding pada pilihanraya yang lalu. Akhirnya…..May 6, 2008 on 9:04 am | In Parlimen BTR | No CommentsSetelah dua kali gagal dalam usaha untuk mengadakan pertemuan dengan Wakil Rakyat Parlimen P124 Bandar Tun Razak, akhirnya pertemuan tersebut berjaya jua diadakan. Bertempat di pejabat PKR Bahagian BTR di Desa Tasik, kami dari AJK Harian PAS BTR telah membuat kunjung hormat menemui YB TS Khalid Ibrahim pada Ahad 4 Mei yang lalu. Pertemuan yang dirancang pada pukul 6:00 petang telah bermula agak lewat kerana YB TS Khalid ada program lain yang perlu dihadiri terlebih dahulu. Rombongan PAS BTR telah diketuai oleh YDP Sdr Shukor Aziz dan TYDP Hj Najib Ahmad. Semua AJK harian PAS BTR telah hadir pada petang tersebut. Antara lain yang dibincangkan ialah apakah perancangan TS Khalid untuk masyrakat di BTR. Beliau juga telah menyentuh perkara-perkara yang telah beliau lakukan di Selangor. Banyak juga perkara-perkara yang telah utarakan walaupun masa pertemuan itu terlalu singkat sekitar dalam 1/2 jam sahaja. Semoga TS Khalid akan berjaya dalam apa yang beliau rancangkan untuk Bdr Tun Razak. Ujang SWTSU. Jadi ke tak jadi?April 18, 2008 on 9:27 am | In Parlimen BTR | No CommentsApa daa… Itulah tek sms yang saya balas kepada Setiausaha PAS Kawasan, Sdr Kamarul apabila saya mendapat sms daripadanya yang mengatakan pertemuan kami AJK Harian PAS BTR dengan TS Khalid Ibrahim dan PKR BTR yang dijadualkan pada esok petang dibatalkan. Sebelum itu pertemuan yang dirancangkan oleh YDP untuk kami semua bertemu dengan TS Khalid pada Isnin lalu di Pejabat beliau di Shah Alam juga tidak menjadi kenyataan. ”Nak buat camno, dia kan busy. Dia kan MB” balas S/U balik kepada saya. Terlepas la peluang untuk saya mencatat sejarah dalam hidup saya bertemu dengan MB. Maklumlah dalam hidup ini, tak pernah lagi saya berjumpa dengan mana-mana MB secara dekat. Excited juga dibuatnya. Antara perkara yang masih kabur di Bandar Tun Razak ini ialah apakah kerjasama yang akan dibuat diantara PKR Bahagian BTR dan PAS Kawasan BTR. Setakat ini tiada lagi pertemuan yang formal secara khusus diantara kami untuk membincangkan kerjasama yang perlu dilakukan selepas PKR memenangi kerusi P124. Selepas mesyuarat Kawasan Selasa lepas, ada diantara AJK dan Ketua-ketua cawangan yang begitu bersemangat untuk menjalin kerjasama Pakatan Rakyat seperti yang dianjurkan oleh pimpinan Parti peringkat Pusat. Sehinggakan ada diantara kami yang beria-ia sungguh ingin membuat program untuk bersama-sama turun membantu menyelesaikan masalah-masalah masyarakat di BTR ini seolah-olah P124 ini PAS yang menjadi wakil rakyatnya. Semoga pertemuan ini akan diadakan secepat mungkin untuk memastikan gerak kerja apa yang perlu kami lakukan dalam membantu TS Khalid dan PKR di BTR. Ujang SWTSU. Anwar bertanding di BTR?April 1, 2008 on 5:03 pm | In Parlimen BTR | 1 CommentKhabar-khabar angin begitu kencang tersebar mengatakan TS Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi Parlimen P124 Bandar Tun Razak untuk memberi laluan kepada DS Anwar Ibrahim bertanding untuk melayakkan beliau menjadi ahli parlimen seterusnya mungkin akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Alasan lain yang diberikan ialah TS Khalid tidak mampu menunaikan tanggung jawab dengan baik untuk menjadi Menteri Besar disamping menjadi Ahli Parlimen pada waktu yang sama. Walau apapun alasan yang diberikan, jika perkara tersebut benar, kami PAS BTR mengalu-alukan hasrat DS Anwar Ibrahim bertanding di sini. PAS BTR akan memberikan kerjasama yang sepenuhnya jika diminta berbuat demikian. PAS BTR merasa sungguh berbesar hati jika dapat bersama-sama memenangkan bakal Perdana Menteri Malaysia. Kami yakin penduduk BTR akan sekali lagi memberikan undi mereka kepada calun barisan rakyat. Dalam sibuk memperkatakan kemenangan PKR di BTR dan PAS di Titiwangsa, terlupa saya untuk menyentuh tentang kemenangan bekas Yang Di Pertua PAS BTR, yang sekarang memegang jawatan sebagai Pengerusi Tetap, Sdr Zulkifli Noordin di Parlimen Kulim Bandar Bharu. Tahniah diucapkan kepada beliau dan kami di BTR turut merasa bangga atas kejayaan beliau. Mudah-mudahan kemenangan beliau kekal walaupun cuba digagalkan oleh SPR. Tahniah Zul dan jangan lupa untuk menjadi pengerusi pada mesyuarat kawasan pada 3 May 2008 nanti. Ujang SWTSU Pengundi Putrajaya tolak T AdnanMarch 7, 2008 on 4:46 pm | In Pilihanraya | No CommentsKUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - Berdasarkan tinjauan rambang dan respons daripada sebahagian besar para pengundi di Putrajaya, mereka didapati sudah tidak mahu menyambung khidmat calon Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan kawasan itu, Dato’ Tengku Adnan Mansor yang dilihat mengabaikan isu berkaitan agama dan kebajikan penduduk setempat.
BN mulai cemas di PutrajayaMarch 5, 2008 on 11:02 am | In Pilihanraya | No CommentsDari maklumat yang kami perolehi, Datuk Tengku Adnan Mansor mulai merasa cemas bimbang kerusi Parlimen P125 Putrajaya tidak lagi selamat baginya. Pada awalnya mungkin mereka begitu yakin yang mereka akan menang mudah di Putrajaya memandangkan mereka menang besar pada piliharaya yang lalu hinggakan calun pembangkang dari Parti Keadilan Nasional hilang wang pertaruhan. Mereka hanya memasang poster sahaja dan tiada jentera mereka kelihatan membuat kerja. Pada kali ini Pas pula yang bertanding meletakkan calun. Dengan dibantu oleh Pas Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Segambut dan Cheras, Pas Putrajaya telah menjadi satu pasukan yang kuat yang kini bahang kekalahan mula dirasai oleh BN. Bermula hari Sabtu lalu, setiap hari dan setiap malam kami dengan diterajui oleh muslimat-muslimat telah pergi kesetiap rumah pengundi di sini untuk mencula dan merayu undi. Respon yang kami terima cukup baik sekali dan mereka telah berjanji untuk bersama-sama PAS membuat perubahan. Sebaran-sebaran risalah mengenai kepincangan UMNO dalam memimpin negara, manifesto dan biodata calun pas turut diedarkan dari rumah ke rumah. Malam tadi barulah saya nampak wanita-wanita UMNO (atau Puteri) bergerak membuat kerja pergi rumah ke rumah. Mungkin mereka rasa tergugat dan segera membuat gerakan berjumpa dengan pengundi. Dari maklumat yang kami terima, mereka juga mengugut jika pengundi-pengundi putrajaya mengundi PAS, mereka yang duduk di kuarters kerajaan akan diarahkan keluar dari rumah-rumah mereka. Jangan takut untuk mengundi PAS. Undi anda adalah rahsia. nombor siri kertas undi tidak lagi dicetak di kertas undi. Poling-poling agent kami akan memastikan normbor tersebut tidak ditulis di kertas undi anda. Marilah sama-sama membuat perubahan kearah Malaysia yang bersih, adil dan berkebajikan. PAS untuk semua! Ujang SWTSU Next Page » |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |