|
||||||||||
|
|
Sambutan Hari Guru Pasti WP 2007June 26, 2007 on 4:09 pm | In UKJ | No CommentsPada 23 Jun 2007, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras telah berlangsung program Sambutan Hari Guru Pasti Wilayah Persekutuan 2007. Majlis bermula pada pukul 9:30 pagi dan berakhir pada pukul 1:00 tengahari. Kira-kira 30 orang guru Pasti dari 15 buah pasti yang ada di sekitar Kuala Lumpur telah hadir untuk meraikan majlis yang khas diadakan untuk mereka. Turut hadir ialah wakil-wakil dari Dewan Pemuda Pas Wilayah dan Dewan Muslimat Pas Wilayah, pengarah-pengarah pasti kawasan-kawasan dan pengurus-pengurus pasti. Wakil-wakil dari Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan Bandar Tun Razak juga hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.
Yang Di Pertua Pas Kawasan Lembah Pantai, Ustaz Azhar Yaakob telah merasmikan program dengan memberikan ucapan motivasi guru dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi muslim dan muslimat yang soleh dan solehah. Di akhir program, hadiah-hadiah untuk guru-guru cemerlang dan tokoh guru Pasti Wilayah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pasti Wilayah, Ustaz Mohd Adlin Salleh. Berikut adalah pemenang anugerah tersebut: 1) Guru cemerlang Kawasan Batu, Pn Faziah Osman dari Pasti Ar-Rasyidin. 2) Guru cemerlang Kawasan Bandar Tun Razak, Pn Norhayati Osman dari Pasti Ar-Raudhah. 3) Guru cemerlang Kawasan Lembah Pantai, Pn Saedah Abas dari Pasti An- Nur. 4) Guru cemerlang Kawasan Titiwangsa, Pn Rahayu Rajab dari Pasti Al-Ummah. 5) Guru cemerlang Kawasan Segambut, Pn Siti Khadijah Ismail dari Pasti Al-Huda2. 6) Guru cemerlang Kawasan Wangsa Maju, Pn Aina Majida Aisa dari Pasti Al-Hilmi. 7) Tokoh guru Pasti WP, Pn Faziah Osman dari Pasti Kawasan Batu.
Minggu depan, kami akan bertolak ke Kota Bharu, Kelantan untuk menghadiri program sambutan hari guru pasti peringkat kebangsaan pula. Disamping itu juga perlawanan bola sepak dan bola jaring antara pelajar-pelajar pasti peringkat kebangsaan akan diadakan disana. Selamat bertolak!
DPPBTR berfutsal lagiMay 3, 2007 on 4:01 pm | In UKJ | No CommentsDewan Pemuda Pas Bandar Tun Razak akan turun ber futsal melawan Dewan Pemuda Pas Titiwangsa pada Ahad ini jam 10 malam di padang Futsal Plaza Phoenix. Ahli-ahli pemuda cawangan boleh hadir dan beri sokongan. Hidup sihat bersma DPPBTR! Mesyuarat DPPBTRApril 24, 2007 on 10:16 am | In UKJ | No CommentsMesyuarat bulanan Dewan Pemuda Pas Bandar Tun Razak(DPPBTR) akan diadakan pada Rabu 25/4/07 9:30 malam di Pasti Ar-Raudhah. Semua AJK pemuda diminta hadir. Solat Hajat Untuk YinApril 13, 2007 on 5:08 pm | In Pengumuman, UKJ | No CommentsDewan Pemuda PAS akan mengadakan solat hajat memohon kepulangan Adik Yin ke pangkuan keluarga malam ini (13 April 2007) di Markaz PAS Taman Melewar. |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |