|
||||||||||
|
|
Markas PAS BTR berpindahAugust 8, 2008 on 11:27 am | In Pengumuman | No CommentsKami akan berpindah lagi. Markas PAS Kawasan BTR yang sekarang terletak di Business Centre Plaza Phoenix akan dipindahkan ke Desa Tun Razak. Kami akan berpindah mengambil alih pejabat PKR yang berada di Desa Tun Razak. Ruang pejabat di ini lebih besar dan lebih strategik kedudukannya. InsyaAllah jika tiada aral melintang, dalam bulan Ogos ini sebelum umat islam mula berpuasa, kerja perpindahan itu akan diselesaikan. Sumbangan anda diperlukan kerana sewa pejabat ini lebih tinggi dari sewa pejabat yang lama. Kepada sesiapa yang berhajat untuk menghulurkan bantuan secara tetap, hubungi YDP atau Setiausaha Kawasan. Mudah-mudahan dengan markas yang baru ini, pas BTR akan lebih menonjol penampilannya kepada masyarakat di BTR. Ijtima’ PAS WilayahApril 29, 2008 on 10:00 am | In Pengumuman | No CommentsPAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan program tahunannya iaitu Ijtima’ atau Convention PAS Wilayah pada Ahad, 4 Mei 2008 di Markas Tarbiyyah Taman Melewar bermula jam 9:00 pagi. Semua ahli-ahli pas disemua peringkat adalah dijemput hadir. Tajuk ijtima’ kali ini ialah ‘pasca P/raya 12′. Pembentang kertas kerja ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, YB Sdr Salahuddin Ayub. Perbincangan kali ini dijangka hangat memandangkan PAS Wilayah telah melahirkan anak sulungnya di Titiwangsa. Ijtima’ ini akan membahaskan hala tuju PAS wilayah selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang lepas. Hubungi ketua cawangan atau Setiausaha Kawasan untuk maklumat lanjut. Mesyuarat Agung PAS BTRApril 28, 2008 on 2:53 pm | In Pengumuman | No Comments
Makan lagi…March 28, 2008 on 2:23 pm | In Pengumuman | No CommentsJamuan Kesyukuran PAS Kawasan Putrajaya sempena meraikan petugas-petugas pilihan raya pada Ahad 30 Mac 2008 8:00 malam di Dewan Serbaguna Precint9. Semua yang telah memberikan sumbangan di Putrajaya pada pilihanraya yang lalu dijemput hadir. Hubungi S/U kawasan untuk maklumat lanjut. Kenduri Petugas PAS BTRMarch 21, 2008 on 9:19 am | In Pengumuman | No CommentsMajlis jamuan meraikan petugas-petugas PAS BTR yang telah bekerja di Putrajaya pada PRU yang lalu akan diadakan pada Sabtu 22 Mac 2008. Majlis akan diadakan di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik dan akan bermula dengan solat Isya’ di surau tersebut. Calun Putrajaya, PJ Wilayah, Hj Mohd Noor Mohamad dan YDP Putrajaya Ust Nazir Zakaria akan turut hadir di majlis ini. Semua ahli-ahli PAS yang telah memberikan sumbangan untuk Parlimen P125 Putrajaya adalah dijemput untuk hadir. Sila hubungi ketua cawangan masing-masing untuk maklumat lanjut. Dalam mesyuarat AJK PAS BTR malam tadi, antara keputusan yang diambil ialah PAS BTR akan cuba membuat pertemuan dengan ahli Parlimen BTR YB Tan Sri Khalid Ibrahim dan akan menyerahkan memorandum tentang perkara-perkara yang PAS BTR fikir perlu untuk YB Khalid beri perhatian di Bandar Tun Razak. Dalam mesyuarat tersebut juga diputuskan mesyuarat agung PAS BTR akan diadakan pada 5 Mei 2008. Tempat akan ditentukan kemudian. Mana-mana cawangan PAS yang belum mengadakan mesyuarat agung, mereka dikehendaki berbuat demikian sebelum hujung bulan Mac ini. Ujang SWTSU. Gong Xi Fa CaiFebruary 5, 2008 on 10:41 am | In Pengumuman | No Comments
|
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |