Sudahkah anda mendaftarkan anak anda?

December 26, 2007 on 3:29 pm | In Pasti | 1 Comment

Jika anda mempunyai anak atau cucu yang berumur 4,5 atau 6 tahun, anda boleh mendapatkan pendidikan islam pra sekolah untuk mereka dari Pusat-pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kami. Kalau anda berada disekitar Bandar Tun Razak anda boleh pergi ke Pasti Ar-Raudhah di Taman Midah (bersebelahan Taman Jaya) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya mendaftarkan anak-anak anda sebagai pelajar Pasti untuk tahun depan. Jika anda tinggal di Cheras, anda boleh mendaftarkan anak anda di Pasti Al-Aulad di Taman Minang atau Pasti Ehsaniah di Taman Damai Indah. Atau hubungi Ketua Pengarah Pasti Kawasan Bandar Tun Razak di 0192865611 untuk maklumat lanjut. Cepat, tempat terhad! 

Kerja Kosong

October 2, 2007 on 10:10 am | In Pasti | No Comments

Guru dan pengasuh diperlukan di Pasti Ehsaniah. Untuk keterangan lanjut, klik banner.

Pendaftaran PASTI 2008 kini dibuka

September 11, 2007 on 6:07 pm | In Pasti | No Comments

Ar-RaudhahAl-Aulad Pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar PASTI untuk tahun 2008 kini dibuka. Terdapat 3 pasti di Bandar Tun Razak - Pasti Ar-Raudhah di Taman Midah bersebelahan dengan Taman Jaya, Pasti Al-Aulad di Taman Minang dan Pasti Ehsaniah di Taman Damai Indah. Kami menyediakan pendidikan untuk anak-anak yang berumur 4,5 dan 6 tahun. Kami juga menyediakan perkhidmatan nurseri dan transit. Untuk tahun depan satu mata pelajaran baru untuk sesi 5 tahun akan diperkenalkan iaitu subjek komputer yang mana subjek ini akan memperkenalkan anak-anak kita dengan asas-asas penggunaan komputer. Sila klik banner untuk keterangan lanjut.

Sukan Pasti Wilayah Persekutuan meriah

July 30, 2007 on 11:50 am | In Pasti | 1 Comment

Sukan Pasti wilayah Persekutuan 2007 telah diadakan pada Ahad 29 Julai semalam di Padang Varsity University Malaya. Kali ini Pemuda kawasan Lembah Pantai telah diberi mandat untuk mengendalikan sukan ini. Program bermula seawal pukul 8 pagi dan telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua Pas kawasan Lembah Pantai, Ust Azhar Yaakob. Yang Di Pertua Pas BTR juga telah hadir untuk sama-sama menyaksikan anak beliau mengambil bahagian.

Kontinjen Pasti BTR telah diketuai oleh Ketua Pengarah Pasti Kawasan, Sdr Abdul Halid. Pas Bandar Tun Razak telah mengambil bahagian dengan menghantar 3 pasti nya iaitu Pasti Ar-Raudhah, Pasti Al-Aulad dan Pasti Ehsaniah. Pasti BTR telah menjadi johan dalam acara lari gelung rotan lelaki. Pasti BTR juga telah mendapat tempat naib johan dan tempat ke-3 dalam 4 acara yang lain.  Syabas diucapkan kepada guru-guru yang telah bersusah payah melatih anak-anak pasti ini.

Acara berakhir pada kira-kita pukul 2 petang.

ujang SWT

Temasya Sukan Pasti peringkat Kebangsaan

July 3, 2007 on 11:22 am | In Pasti | No Comments

sukan pasti kebangsaanTemasya Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring Pasti 2007 peringkat Kebangsaan telah diadakan di Padang Perdana, Kota Bharu, Kelantan pada 29 dan 30 Jun 2007. Program telah bermula pada pukul 3 petang Jumaat dan berakhir pada pukul 1 tengahari keesokan harinya. Pasti Wilayah Persekutuan telah menghantar kontinjen untuk meyertai kedua-dua kejohanan yang dipertandingkan. Mereka bertolak seawal malam Khamis 28 Jun. Kontinjen Wilayah telah diketuai oleh Pengarah Pasti Wilayah sendiri,Ust Adlin Salleh.

 

Dua orang pelajar dari Pasti Bandar Tun Razak telah terpilih untuk mewakili pasukan Bola Jaring. Mereka ialah adik Nur Faqihah dan adik Balqis dari Pasti Al-Aulad.

Agak

malang bagi pasukan Wilayah walaupun telah berlatih berminggu-minggu lamanya, gagal untuk meneruskan perlawanan keperingkat suku akhir setelah tewas diperingkat kumpulan. Pasukan bola sepak hanya menang sekali menewaskan Perlis 2-0. Kelantan telah muncul johan bola sepak dan Selangor pula telah menjadi johan bola jaring.

 

Pada sebelah malamnya pula, telah diadakan program sambutan hari guru pasti peringkat kebangsaan di Hotel Raudah. Pn Faziah Osman dari Pasti Ar-Rasyidin telah dipilih sebagai tokoh guru Wilayah Persekutuan.