mana toleransi kita?

August 20, 2007 on 12:02 pm | In Media | 1 Comment

Isu lagu negaraku diubahsuai menjadi lagu rap oleh seorang pelajar Malaysia yang belajar di sebuah University di

Taiwan mendapat liputan yang meluas di media negara ini. Penulis tidaklah begitu ambil ‘pot’ sangat dengan perkara itu, tetapi yang menjadi penulis ‘bengang’ ialah senikata lagu itu yang mana ianya menyentuh tentang agama islam. Wee Meng Chee telah menghina azan subuh yang berkumandang setiap pagi dan secara tidak langsung telah menghina islam itu sendiri. Perkara ini tidak begitu di’highlight’

kan di media perdana tetapi itulah hakikatnya.

Penulis agak terkilan dengan sikap sesetengah non-muslim yang seolah-olah tidak menghargai sikap toleransi yang telah ditunjukkan oleh kebanyakan melayu muslim terhadap mereka. Sebagai contoh lihat bagaimana sabarnya orang-orang melayu terhadap anjing-anjing yang dipelihara oleh orang-orang Cina dan India di taman-taman perumahan dinegara kita. Penulis tinggal di taman yang penghuninya ialah 50-50 melayu dan bukan melayu. Di sebelahnya pula ialah Taman Sri Bahagia yang penduduk bukan melayu ialah dalam sekitar 95%. Penulis kadang-kadang pergi berjoging di kawasan permainan di Taman Bukit Angsana yang juga majoritinya terdiri dari kaum Cina dan India. Dalam perjalanan ke tempat permainan tersebut, penulis terpaksa melalui Taman Sri Bahagia dan terpaksa berdepan dengan anjing-anjing peliharaan penduduk di

sana. Bukan sahaja kita sering saja disalak apabila melintas hadapan rumah mereka, malahan terpaksa berhati-hati di sepanjang perjalanan kerana takut-takut terpijak najis anjing!.  Malahan lebih teruk lagi apabila kadang-kadang terdapat najis anjing diatas trek joging. Di hadapan rumah penulis juga sudah banyak kali menjadi tempat anjing ‘landing’ kerana tempat yang strategik dibawah pokok mangga. Walaupun kadang-kadang terasa nak marah juga akan keadaan tersebut, tetapi penulis tetap bersabar atas perkara itu. Kita lihat bagaimana tuan-tuan punya anjing ini, petang-petang membawa jalan anjing-anjing mereka dan membiarkan anjing-anjing mereka melepaskan hajat di merata-rata tempat walaupun di depan rumah orang.

Penulis tidak pernah mendengar seorang pun melayu yang merungut atas perkara yang penulis utarakan ini. Mereka menerimanya sebagai sebahagian dari kehidupan masyarakat majmuk di negara ini. Tetapi kenapa masyarakat bukan melayu tidak boleh bertolak ansur atas perkara-perkara ‘islam’ dan menerimanya sebagai sebahagian dari rencah-rencah kehidupan mereka sehari-hari. Kita sudah 50 tahun merdeka, sepatutnya kita sudah masak dengan budaya dan ugama masing-masing dan sikap toleransi kita juga mestilah ditahap yang tertinggi!. Ini negara kita, marilah kita sama-sama menjunjungnya untuk kesejahteraan semua dengan saling hormat menghormati ugama dan budaya masing-masing.

Ujang SWT.  

PAS Wilayah Tanding 5 Kerusi Parlimen

August 6, 2007 on 2:49 pm | In Media | No Comments

PAS Wilayah Tanding 5 Kerusi Parlimen
Kuala Lumpur: Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan telah memutuskan untuk bertanding

lima kawasan di Wilayah Persekutuan dalam pilihan raya umum ke 12 akan datang. Lima kawasan tersebut ialah Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Putrajaya dan

Labuan.Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) PAS Wilayah Persekutuan, Haji Ishak Surin kepada semua media. Katanya, pengemuman lima kawasan untuk ditandingi itu telah diumumkan oleh beliau dalam ucapannya mewakili Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan pada Muktamar PAS Ke-52, di Kota Bharu, Kelantan.
Menurut kenyataan itu, seluruh jentera pilihan raya ke lima-lima kawasan telah diaktifkan dan JPN amat berpuashati dengan persiapan PAS Kawasan dan jentera pilihan rayanya disamping moral ahli-ahli yang begitu tinggi dan komited.

“Rombongan JPN telahpun melawatdan meninjau semua kawasan yang akan ditandingi itu bagi memastikan jentera pilihan raya dan moral ahli-ahli PAS di kawasan-kawasan tersebut sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga,” tegas beliau.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan juga, kata kenyataan itu, telah menyerahkan senarai calon-calon yang bertaraf nasional kepada PAS Pusat untuk pertimbangan bagi mengisi ke lima-lima kawasan tersebut.

JPN telah turun padang dan melawat kawasan-kawasan berkenaan dan amat berpuashati dengan persiapan serta gerakerja pilihan raya yang cukup mantap ditampilkan kali ini oleh seluruh ahli.

“Kawasan yang tidak bertanding, telah bersepakat untuk membantu lima kawasan yang akan bertanding dalam pilihan raya umum kali ini. Ia merupakan komitmen mantap yang pernah ditunjukkan bagi merialisasikan hasrat PAS Wilayah untuk memenangi beberapa kerusi dalam pilihan kali ini,” tegas Haji Ishak dalam kenyataan itu. 

Legasi Tun Razak: Percubaan pemimpin UMNO menyembunyikan kelemahan Kerajaan BN

June 21, 2007 on 4:45 pm | In Umum, Media | No Comments

KENYATAAN MEDIA (21 JUN 2007)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius intipati program Seminar Legasi Tun Razak Kepada Pembangunan Negara pada 15-16 Jun 2007 yang lalu di mana para pemimpin Umno cuba menggunakan seminar ini untuk menonjolkan kehebatan kepemimpinan Tun Razak melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). PAS tidak menolak peranan Tun Razak yang begitu besar dalam mengangkat semula martabat orang Melayu selepas tragedi 13 Mei 1969. Bahkan, PAS menganggap Tun Razak adalah tokoh yang berwawasan dalam membangunkan bangsa Melayu.

Malangnya, kecemerlangan Tun Razak cuba dipropagandakan oleh pemimpin Umno pada hari ini melalui Seminar Legasi Tun Razak untuk menutup kelemahan, penyelewengan dan kegagalan Kerajaan BN mencapai objektif DEB. Pendedahan dan maklumat baru tentang usaha-usaha dan strategi Tun Razak untuk membangunkan Malaysia melalui seminar ini memang bermanfaat kepada pengkaji dan ahli akademik, tetapi tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat. Selepas melancarkan DEB, Tun Razak telah kembali ke rahmatullah pada 1975 tanpa dapat melihat kejayaan atau kegagalan dasar ini yang disasarkan pada 1990.

20 tahun selepas DEB dilancarkan, ternyata sasaran untuk membentuk 30 peratus ekuiti Melayu tidak dapat dicapai, bahkan sebahagian besar daripada ekuiti yang dikatakan ‘milik’ orang Melayu itu adalah dipunyai oleh agensi kerajaan seperti MARA, UDA dan lain-lain. Bahkan, orang Melayu yang telah kehilangan sebahagian besar hak-hak mereka yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan kerana pengkhianatan pemimpin Umno/BN. Lihat sahaja nasib tanah rezab Melayu, biasiswa, kuota universiti, bahasa Melayu dan juga kedudukan agama Islam yang semakin terancam yang boleh dianggap counter productive kepada DEB yang ingin mengimbangi pembangunan kaum di negara ini.

Continue reading Legasi Tun Razak: Percubaan pemimpin UMNO menyembunyikan kelemahan Kerajaan BN…

Kerajaan Barisan Nasional Iktiraf “Sir” Salman Rushdie

June 20, 2007 on 7:47 pm | In Bantahan, Media | 1 Comment

hishammudin_keris.jpg

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemuda PAS Wilayah) berasa kesal terhadap tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mewakili kerajaan Barisan Nasional pada majlis sambutan ulang tahun hari jadi Ratu Elizabeth II di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British semalam.

Pada waktu dan ketika ini umat Islam masih lagi terluka dengan kebiadapan Kerajaan Britain yang memberikan pengiktirafan dan Darjah Kesatria yang membawa gelaran SIR kepada Salman Rushdie, pengarang buku The Satanic Verses (Surah-surah Syaitan) yang menghina Rasulullah dan aqidah umat Islam.

Seharusnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO-BN memimpin negara-negara OIC memboikot majlis ini dan menghantar surat bantahan serta membawa isu ini ke parlimen, namun apa yang kita harapkan adalah sebaliknya. Mereka turut sama meraikan ulang tahun hari jadi Ratu Elizabeth II, yang mengiktiraf peranan Salman The Devil dalam memperlekehkan Islam. Dengan kehadiran Hishamuddin ke majlis ini juga secara tidak langsung Kerajaan BN juga mengiktiraf tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan British.

Atas nama diplomasi dan ahli KOMANWEL, Hishamuddin masih boleh bergelak ketawa dan makan bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi British tanpa sedikit pun membangkitkan isu Salman The Devil ini. Peluang tersebut tidak digunakan bagi menzahirkan rasa tidak puas hati umat Islam Malaysia dan seluruh dunia yang terhina dengan pengiktirafan Kerajaan Britain kepada Salman “The Devil” Rushdie.

Continue reading Kerajaan Barisan Nasional Iktiraf “Sir” Salman Rushdie…

Aksi jijik budak sekolah dikesali

June 18, 2007 on 10:07 pm | In Umum, Media | 4 Comments

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemuda PAS Wilayah) mengutuk tindakan jijik pelajar-pelajar sekolah yang melakukan aksi lucah, meraba serta merakamkan kegiatan tidak bermoral itu untuk disebarkan melalui telefon bimbit.

Pendedahan muka depan akhbar Harian Metro yang bertajuk “Aksi jijik budak sekolah” hari ini amat mendukacitakan dan mengaibkan kita.

Pemuda PAS Wilayah mengesa agar pihak Polis dan Kementerian Pelajaran Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap perkara ini. Tindakan biadap ini telah menjatuhkan imej institusi pendidikan negara ini. Kita gah dengan pelbagai sistem dan program pendidikan yang dikatakan antara yang paling baik dirantau ini. Namun disebalik gahnya pakaian seragam sekolah yang kita banggakan selama ini, pelajar-pelajar kita semakin hanyut dengan dunia remaja mereka.

Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak hingga menyediakan mereka telefon bimbit yang begitu canggih serta boleh merakam gambar dan disalah gunakan seperti ini amatlah dikesali. Tidak salah untuk ibu bapa menyediakan telefon bimbit untuk memudahkan mereka menghubungi anak-anak mereka pada bila-bila masa, tetapi perlu ada pemantauan yang kerap dan telefon bimbit berkamera bukanlah satu keperluan penting pada usia mereka yang masih mentah untuk menilai sesuatu yang baik atau yang buruk. Akal budi mereka masih muda dan perlu dididik dengan baik lagi.

Continue reading Aksi jijik budak sekolah dikesali…

Wanita membotakkan kepala untuk berlakon satu kemungkaran

June 15, 2007 on 10:34 am | In Bantahan, Media | No Comments

Antara produk Islam Hadhari sejak sekian lama ia dilancarkan sebagai satu konsep dan prinsip hidup masyarakat Negara ini ialah lahirnya pelakon yang sanggup melakukan apa sahaja seperti Syarifah Amani Syed Zainal Rashid. Sebelum ini beliau telah banyak kali membuat penampilan yang kontraversi termasuklah kenyataannya yang dianggap menghina bahasa dan bangsa sendiri (”I sound stupid if I speak Malay“). Juga beliau tergamak untuk tampil melakukan aksi yang pastinya menjolok mata seperti apa yang lakukannya dalam filem Gubra .

Kali ini, beliau sekali lagi menggemparkan negara dengan kesanggupan membotakkan kepala untuk tampil dalam filem terbaru lakonannya yang berjudul Muallaf. Nasib beliau sangat baik di bawah kepimpinan Pak Lah yang berkonsepkan Islam Hadhari berbanding ustaz dan penceramah agama di masjid dan surau yang sering dihimpit kerisauan. Bukan sahaja penceramah agama ini akan di gam kerana tiada tauliah tetapi tidak kurang juga yang ditangkap dan didenda .

Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa kesal terhadap fenomena ini. Inikah bentuk tamaddun yang mahu dilahirkan oleh Islam Hadhari? Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah swt. Satu rasa simpati diberikan kepada mereka seperti Syarifah Amani yang rosak mindanya akibat terperangkap dalam system yang tidak mendidiknya menjadi wanita muslimah yang solehah.

Continue reading Wanita membotakkan kepala untuk berlakon satu kemungkaran…

Next Page »