|
||||||||||
|
|
Memorandum Bantahan Kepada DBKLSeptember 26, 2007 on 3:07 pm | In Bantahan | No CommentsPada pukul 11.00 pagi tadi Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan telah menghantar memorandum bantahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur di Pejabatnya di Jalan Raja Laut mengenai kenaikan saman lalulintas dan cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang memasuki ibu kota. Penyerahan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad Noor b. Mohamad dengan diiringi oleh Timbalan Pesuruh Jaya3 Puan Salbiah Wahab, YDP Bandar Tun Razak, Md Shukor Ab. Aziz, YDP Setiawangsa Hj. Halim dan beberapa orang ahli Pas dan penyokong. Isu Rushdie: Himpunan bantahan selepas solat JumaatJune 21, 2007 on 2:16 pm | In Umum, Bantahan | 3 CommentsSaidah Hairan, Harakahdaily KUALA LUMPUR, 21 Jun (Hrkh) - Himpunan sejuta umat Islam bagi membantah keras anugerah ‘Sir’ kepada penulis buku `The Satanic Versus’, Salman Rushdie terus diadakan untuk membuktikan bahawa umat Islam tidak boleh diperkotakkatikkan. Himpunan anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat itu akan diadakan di hadapan Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di sini selepas solat Jumaat esok (22 Jun). Peserta kemudiannya akan berarak ke kedutaan AS. Selain membantah keras anugerah Sir kepada Rushdie, himpunan itu turut mengutuk campurtangan Barat terhadap konflik di Palestin. Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembela Islam, Ustaz Ridwan Mohd Nor merayu umat Islam seluruh negara turun menyertai bantahan esok. Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, pimpinan tertinggi PAS, pimpinan NGO Islam serta mahasiswa akan turut bersama dalam himpunan itu. Memorandum of Protest Against British Recognition of Salman RushdieJune 20, 2007 on 10:12 pm | In Umum, Bantahan, Memorandum | 1 CommentJune 20, 2007 His Excellency, Sir, MEMORANDUM OF PROTEST AGAINST BRITISH RECOGNITION OF SALMAN RUSHDIE On behalf of the Islamic Party of Malaysia (PAS) we register our utmost regret and disgust at the British Government decision to award Salman Rushdie the title ‘Sir’. At a time when a lot of effort has been put in to bridge the gap between Islam and the west, the decision of your government has sent the opposite message. Salman Rushdie is not a literary genius. His work is very limited and confined to a narrow and twisted view of one of the great religion in the world namely Islam. He made a name not just within the literary circle but the whole world by penning a blasphemous novel, Satanic Verse, that angered Muslims worldwide. His only contribution to society is the creation of hatred among people of different religions. His other writings were flops. The last that we expect from civilized people of the world is recognition of his divisive work. Continue reading Memorandum of Protest Against British Recognition of Salman Rushdie… Kerajaan Barisan Nasional Iktiraf “Sir” Salman RushdieJune 20, 2007 on 7:47 pm | In Bantahan, Media | 1 Comment
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemuda PAS Wilayah) berasa kesal terhadap tindakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mewakili kerajaan Barisan Nasional pada majlis sambutan ulang tahun hari jadi Ratu Elizabeth II di kediaman Pesuruhjaya Tinggi British semalam. Pada waktu dan ketika ini umat Islam masih lagi terluka dengan kebiadapan Kerajaan Britain yang memberikan pengiktirafan dan Darjah Kesatria yang membawa gelaran SIR kepada Salman Rushdie, pengarang buku The Satanic Verses (Surah-surah Syaitan) yang menghina Rasulullah dan aqidah umat Islam. Seharusnya Kerajaan Malaysia yang dikuasai oleh UMNO-BN memimpin negara-negara OIC memboikot majlis ini dan menghantar surat bantahan serta membawa isu ini ke parlimen, namun apa yang kita harapkan adalah sebaliknya. Mereka turut sama meraikan ulang tahun hari jadi Ratu Elizabeth II, yang mengiktiraf peranan Salman The Devil dalam memperlekehkan Islam. Dengan kehadiran Hishamuddin ke majlis ini juga secara tidak langsung Kerajaan BN juga mengiktiraf tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan British. Atas nama diplomasi dan ahli KOMANWEL, Hishamuddin masih boleh bergelak ketawa dan makan bersama dengan Pesuruhjaya Tinggi British tanpa sedikit pun membangkitkan isu Salman The Devil ini. Peluang tersebut tidak digunakan bagi menzahirkan rasa tidak puas hati umat Islam Malaysia dan seluruh dunia yang terhina dengan pengiktirafan Kerajaan Britain kepada Salman “The Devil” Rushdie. Continue reading Kerajaan Barisan Nasional Iktiraf “Sir” Salman Rushdie… Wanita membotakkan kepala untuk berlakon satu kemungkaranJune 15, 2007 on 10:34 am | In Bantahan, Media | No CommentsAntara produk Islam Hadhari sejak sekian lama ia dilancarkan sebagai satu konsep dan prinsip hidup masyarakat Negara ini ialah lahirnya pelakon yang sanggup melakukan apa sahaja seperti Syarifah Amani Syed Zainal Rashid. Sebelum ini beliau telah banyak kali membuat penampilan yang kontraversi termasuklah kenyataannya yang dianggap menghina bahasa dan bangsa sendiri (”I sound stupid if I speak Malay“). Juga beliau tergamak untuk tampil melakukan aksi yang pastinya menjolok mata seperti apa yang lakukannya dalam filem Gubra . Kali ini, beliau sekali lagi menggemparkan negara dengan kesanggupan membotakkan kepala untuk tampil dalam filem terbaru lakonannya yang berjudul Muallaf. Nasib beliau sangat baik di bawah kepimpinan Pak Lah yang berkonsepkan Islam Hadhari berbanding ustaz dan penceramah agama di masjid dan surau yang sering dihimpit kerisauan. Bukan sahaja penceramah agama ini akan di gam kerana tiada tauliah tetapi tidak kurang juga yang ditangkap dan didenda . Dewan Pemuda PAS Pusat melahirkan rasa kesal terhadap fenomena ini. Inikah bentuk tamaddun yang mahu dilahirkan oleh Islam Hadhari? Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah swt. Satu rasa simpati diberikan kepada mereka seperti Syarifah Amani yang rosak mindanya akibat terperangkap dalam system yang tidak mendidiknya menjadi wanita muslimah yang solehah. Continue reading Wanita membotakkan kepala untuk berlakon satu kemungkaran… Memorandum kepada Kedutaan ThaiJune 14, 2007 on 1:09 pm | In Bantahan, Media, Memorandum | No Comments
To: H.E. Oum Maolanon Ambassador Extraordinary and Plenipotentiary MEMORANDUM TO THE PRIME MINISTER OF THAILAND We deplore the recent continuous indiscriminate shooting of Muslim in Southern Thai including the killing of 23 years old teacher in the last few weeks and three others in Muang District, Pattani last two month by Thai Security Force. We demand a fair investigation and trial on those responsible for the murder of all of them and other innocent victims lately. Our deepest sympathy goes to the families of the slain and injured Thai people. We share the trauma and apprehension experienced by the villagers caused by continued attacks and fighting in the area. We demand Thai Security to exercise more restrain in dealing with the people of Southern Thailand so that law and order may be peacefully restored without taking more innocent lives. Continue reading Memorandum kepada Kedutaan Thai… Next Page » |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |