Program Liqa’ Fikri

August 5, 2008 on 9:52 am | In Pemuda | No Comments

Dewan Pemuda Pas BTR bersama Dewan Pemuda Pas Wilayah akan mengadakan program liqa’ Fikri di Taman Jaya pada hari ini Selasa 5 Ogos 2008 jam 9:30 malam. Semua ahli-ahli pemuda Pas BTR adalah diwajibkan hadir. Diminta kepada semua ketua-ketua pemuda Pas cawangan untuk membawa semua ahli-ahli pemuda cawangan ke program ini. Hubungi Setiausaha Pemuda BTR, sdr Fadhil untuk maklumat lanjut.

Perasmian Bangunan Pasti Pusat

July 15, 2008 on 10:18 am | In Pemuda | No Comments

Pada Ahad 13 Julai 2008 yang lalu telah berlansung majlis Perasmian pejabat Pasti Malaysia di Taman Samudera, Gombak. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh Presiden Pas Tuan Guru Hadi Awang, telah dirasmikan oleh Hj Mohd Sabu Naib Presiden Pas. Tuan Guru tidak dapat hadir kerana keuzuran diserang sakit jantung dan telah dimasukkan ke IJN.

Turun hadir ialah Ketua Pemuda Pas Pusat Sdr Salehudin Ayub dan Ketua Penerangan Sdr Mahfuz Omar.

Pengarah Pasti wilayah, Ust Adlin Salleh telah hadir dan mewakili pengarah pasti negeri-negeri untuk menerima sumbangan dari Pasti Pusat sebanyak RM4000 bagi setiap negeri.

Adik Nur Faqihah dari Pasti Al-Aulad, Bandar Tun Razak telah menerima hadiah kategori pelajar terbaik 6 tahun 2007.

Ucapan Ketua pemuda pusat

Pengarah Pasti Wilayah menerima sumbangan

Adik Nur Faqihah

Pelajar-pelajar cemerlang

Majlis perasmian bangunan Pasti

July 9, 2008 on 3:03 pm | In Pemuda | No Comments

Pasti Pusat telah membeli 4 tingkat ruang pejabat di Taman Selaseh, Gombak. Pejabat tersebut telah pun beroperasi dan semua mesyuarat-mesyuarat pasti pusat telah diadakan disini, tidak lagi di Markas Tarbiyyah Taman Melewar. Majlis perasmian pejabat baru ini akan disempurnakan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang pada Ahad 13 Julai 2008 bermula pukul 2:30 petang. Diantara agenda majlis tersebut ialah penyampaian hadiah pelajar-pelajar terbaik setiap negeri untuk kategori 5 dan 6 tahun bagi tahun 2007.

Pelajar terbaik 6 tahun bagi seluruh Wilayah Persekutuan untuk tahun lepas ialah adik Nur Faqihah bt Abdul Halid, anak kepada ketua Penerangan Pas BTR dari Pasti Al-Aulad Bandar Tun razak. Untuk pelajar terbaik 5 tahun pula ialah dari pasti Hidayah, Keramat dari kawasan Titiwangsa.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menghantar anak-anak atau cucu ke pasti-pasti di BTR ini, sila hubungi Pengarah Pasti BTR di 0192865611 untuk maklumat lanjut.

Hari keluarga Pemuda

July 8, 2008 on 10:21 am | In Pemuda | No Comments

Dewan pemuda Pas Wilayah Persekutuan akan menganjurkan hari keluarga pada Ahad ini 13 Julai 2008 di Sg Congkak, Hulu Langat bermula pukul 9:00 pagi. Dewan Pemuda Pas BTR akan menjadi tuan rumah kepada program ini. Semua Exco Pemuda Pas Wilayah dan AJK-AJK dewan pemuda Kawasan-kawasan di seluruh Wilayah adalah dijemput untuk menghadiri majlis ini. AJK pemuda Pas BTR dengan dibantu oleh kawasan-kawasan yang lain telah diamanahkan untuk menyusun dan menjayakan hari keluarga ini.

Barbeque ayam adalah makanan utama yang akan dinikmati pada hari tersebut. Pertandingan mewarna dan melukis adalah diantara acara yang akan dilangsungkan untuk anak-anak. Acara-acara untuk peserta yang hadir dengan hadiah yang istimewa juga akan diadakan. Tidak lupa juga cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik.

Kepada Pemuda-pemuda BTR yang ingin turut serta, sila hubungi Ketua Pemuda Pas BTR sdr Zamizi ataupun Setiausaha Sdr Fadhil untuk maklumat lanjut.

Sukan Pasti di Segambut meriah

June 19, 2008 on 8:57 am | In Pemuda | No Comments

Pasti Wilayah Persekutuan melakar sejarah dengan julung-julung kalinya program Pasti Wilayah dirasmikan oleh seorang Cina. Program sukan yang telah diadakan di Padang Awam Taman SPPK Ahad lalu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng dari Parti DAP. Beliau telah menyampaikan ucapan, memeriksa perbarisan pelajar dan memotong reben pelepasan belon bagi menandakan bermula sukan Pasti pada hari tersebut. Ketua Pemuda Pas Wilayah, Sdr Kamaruzaman Mohammad juga telah hadir dan menyampaikan ucapan aluan.

Program telah berlansung dengan meriah sekali dengan 15 buah pasti telah mengambil bahagian pada kali ini. Pasti Ar-Rasyidin dari Kawasan Batu telah muncul juara keseluruhan. Pasti Al-Aulad dari Bandar Tun Razak telah mendapat tempat ketiga dan telah memenangi banyak acara-acara yang dipertandingkan.

pelajar Ar-Raudhah

pelajar Al-Aulad

ucapan pengarah pasti WP

ucapan ketua pemuda WP

ucapan perasmian YB Lim Lip Eng

Temasya sukan pasti WP 2008

June 12, 2008 on 8:32 am | In Pemuda | No Comments

Pasti Wilayah Persekutuan akan menganjurkan temasya sukan tahunannya untuk pelajar-pelajar pasti diseluruh Kuala Lumpur pada Ahad ini 15 Jun 2008 bermula pukul 8 pagi. Program akan diadakan di Padang Awam Taman SPPK, Segambut. Dewan Pemuda Pas Segambut telah dilantik menjadi tuan rumah pada tahun ini. Sebanyak 15 pasti akan mengambil bahagian bertanding merebut hadiah-hadiah yang telah disediakan. Yang menariknya, temasya sukan pada kali ini akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Segambut dari parti DAP.   

Semua ibu-bapa pelajar-pelajar pasti adalah dijemput untuk hadir menyaksikan anak-anak mereka bertanding dalam acara-acara yang telah susun. Pas Bandar Tun razak akan menghantar wakil dari 3 pastinya iatu Pasti Ar-Raudhah(Taman Midah), Pasti Al-Aulad(Taman Minang) dan Pasti Ehsaniah(Taman Damai Indah). Orang ramai juga dijemput untuk hadir sama memeriahkan lagi program tersebut. 

Ujang SWTSU.

Next Page »