Cawangan Pekan Sg Besi (PSB)

June 12, 2007 on 11:22 am | In Pekan Sg Besi (PSB) | No Comments

Cawangan Pekan Sg Besi

PENGENALAN

PAS Cawangan Pekan Sungai Besi (PSB) ditaja penubuhannya pada 22 Jun 2003 di Markaz Kawasan. Alhamdulillah Cawangan Pekan Sungai Besi telah diperakui penubuhannya oleh Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 30 April 2004 dengan nombor pendaftaran PPM/WKL.26/52.7965. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dari awal penajaan hingga sah penubuhannya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka semua dalam usaha menegakkan agama dan hukum Allah dibumi Malaysia.

Cawangan PSB ‘lahir’ dari cawangan asal iaitu cawangan Desa Tasik (DT). Disebabkan bilangan ahli yang meningkat, cawangan DT dikembangkan kepada tiga cawangan baru iaitu PSB, Desa Tasik Fasa 1 (DTF1) dan Merdeka Drive (MD). Kedudukan antara cawangan ini adalah tidak begitu jauh. Jadi ada antara ahli PSB yang tinggal dalam lingkungan cawangan DTF1 misalnya. Majoriti penduduk di Pekan Sg. Besi adalah orang Melayu kecuali di beberapa tempat seperti Kg. Pinang Kem (pekan), batu 7 – 7 ½ jalan K.L./Sg. Besi ada kelompok penduduk Cina dan sedikit India. Terdapat penempatan besar bagi anggota polis dan tentera di Pekan Sg. Besi.

Keahlian PSB setakat ini adalah seramai 35 orang. Kebanyakan ahli terdiri dari peniaga, bekerja sendiri dan swasta. Jumlah ahli di PSB adalah agak statik (naik dan turun). Ini adalah kerana perpindahan dan ahli yang tinggal tidak secara tetap atau menyewa. Masih terdapat beberapa kawasan peneroka bandar (setinggan) yang sedang mengalami proses pemindahan ke rumah pangsa DBKL. Ada yang sedang menanti untuk kembali tempat asal iaitu di luar Sg. Besi. Membeli dan memiliki rumah sendiri juga ditawarkan ekoran tempat tinggal mereka terlibat dalam projek pembangunan tertentu. Terdapat banyak rumah pangsa yang menunggu masa sahaja untuk dihuni. Pendek kata kependudukan di PSB adalah belum begitu muktamad dan menyeluruh sehingga isu peneroka bandar ini selesai. Namun begitu penambahan ahli di PSB tetap berlaku walaupun tidak begitu besar seperti gelombang kebangkitan rakyat tahun 1998.

Aktiviti yang sedang dan akan dijalankan.

1.Ziarah ahli (usrah) serta kemaskini segala butiran peribadi seperti alamat dan nombor telefon.

2.Program yang berterusan iaitu penambahan keahlian terutama keluarga terdekat di kalangan ahli.

3.Kutipan yuran tahunan keahlian dengan lebih berkesan dan teratur.

4.Sumbangan tenaga kerja dan kepakaran dalam pelbagai bidang untuk gerak kerja terutama dalam pilihan raya yang akan diadakan tidak lama lagi.

5.Penyaluran sumbangan kewangan dari ahli untuk membiayai aktiviti dan sumbangan ke kawasan.

6.Kempen kepada ahli dan penyokong agar menyertai pelan pengumpulan dana (sedang berjalan) untuk membeli dan memiliki bangunan PAS kawasan.

7.Aktiviti dan maklumat mengenai cawangan boleh didapati laman web ini dan sentiasa cuba di kemas kini.

8.Sebarang pertanyaan, borang keahlian dan sumbangan boleh dibuat dengan menghubungi Ketua, Zainal Abidin Sairun (019-3218004) atau Setiausaha, Ahmad Jaafar (019-2028786).

Harapan kami agar tuan/puan dapat mengambil tindakan serta memberi sumbangan dalam apa juga bentuk demi memajukan cawangan. Dengan kerjasama serta sokongan padu semua ahli, pasti tujuan murni ini dapat dicapai dan dengan sendirinya cawangan dapat bergerak lancar. Semoga Allah menerima usaha kita ini sebagai amal soleh. Terima kasih.