Guru kelas mengaji Quran diperlukan

July 2, 2008 on 5:34 pm | In Delima | No Comments

Surau Nurul Iman, Taman Minang, Cheras memerlukan seorang guru untuk mengajar Al-Quran kepada anak-anak Qaryah Taman ini. Masa mengajar ialah selepas solat maghrib sehingga solat Isya’. Isnin hingga Khamis. Tempat di surau ini sendiri. Gaji RM300 sebulan. Kepada yang berminat, sila hubungi Pengerusi surau di 0192865611.

Ceramah Ust Badrul Amin

June 9, 2008 on 1:45 pm | In Delima | No Comments

Pada Jumaat 13 Jun 2008, satu ceramah umum yang akan disampaikan oleh Ustaz Badrul Amin akan diadakan di Surau Nurul Iman, Taman Minang. Program akan bermula selepas solat maghrib. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Kem remaja cuti sekolah

May 22, 2008 on 10:35 am | In Delima | No Comments

Surau Nurul Iman, Taman Minang Cheras akan menganjurkan program motivasi muslim dan bengkel pemantapan solat untuk anak-anak remaja berumur 9 tahun keatas. Program akan diadakan pada 24 Mei 2008 (Sabtu) di surau ini bermula pukul 8:30 pagi hingga 2:30 petang. Pendaftaran sebanyak RM5 dikenakan untuk setiap orang. Minum pagi dan makan tengahari disediakan. 

Hubungi mana-mana AJK surau untuk pendaftaran atau hubungi Pengerusi surau di 0192865611. Sila buat pendaftaran secepat mungkin untuk memudahkan pengurusan.

Ahli Parlimen Jerai di Bkt Anggerik

May 5, 2008 on 10:09 am | In Taman Bukit Anggerik | No Comments

Ahli Parlimen Jerai, YB Ustaz Firdaus Jaafar akan menyampaikan kuliah di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik hari ini selepas solat Isya’. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Kursus pengurusan jenazah

April 18, 2008 on 9:03 am | In Delima | No Comments

Surau Nurul Iman, Taman Minang, Cheras akan menganjurkan kursus pengurusan jenazah pada esok, Sabtu 19 April 2008 di surau ini bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari. Semua ahli-ahli qaryah muslimin dan muslimat yang tinggal berdekatan adalah dijemput untuk menyertai kursus 1/2 hari ini. Tiada bayaran yang dikenakan. Makan tengahari disediakan.

Kenduri lagi

March 25, 2008 on 10:21 am | In Delima | No Comments

Malam tadi petugas-petugas pilihanraya PAS cawangan Delima seramai 8 orang telah diraikan dengan hidangan makanan ala Lubnan. Kami dengan diketuai oleh Ketua Cawangan, Sdr Kadir telah pergi ke Restoran Al-Rawasha di Ampang dimana restoran ini menyediakan masakan ala Lubnan kepada pengunjung-pengunjungnya. Nasi beriyani Kambing, Ayam mandy, rosha bread, teh pudina adalah antara makanan yang dihidangkan kepada kami. Puhh, sedap…sekali makan pasti tak lupa. Program usrah yang sepatutnya kami adakan pada malam tadi telah bertukar menjadi program usrah dan menjamu selera. Sesekali bagus juga bertukar angin suasana usrah.

Begitulah keadaan kami, walaupun kalah di Putrajaya, kami tetap happy sebagai satu team dari Cawangan Delima. Hubungan akrab antara kami, Ketua Cawangan, Setiausaha, Bendahari, Ketua Pemuda dan AJK insyaAllah akan menjadi salah satu resepi ampuh kepada memantapkan perjuangan PAS di BTR. Seperti apa yang diucapkan oleh PJ PAS Wilayah yang merupakan calun di Putrajaya tempoh hari, PAS tidak kalah, cuma tidak menang lagi. Dengan keikhlasan dan usaha gigih yang berterusan dari petugas-petugas semua, insyaAllah akan diberikan kemenangan oleh Allah jua satu ketika nanti. Percaya dan yakinlah..

Ujang SWTSU

Next Page »