Buletin tarbiyyah

July 23, 2008 on 5:35 pm | In Tazkirah | 1 Comment

Dibawah ialah buletin tarbiyyah yang dikeluarkan oleh Lajnah Tarbiyyah Dewan Pemuda Pas Wilayah untuk tatapan kita semua.

buletin tarbiyyah julai 08

Pengorbanan perasaan paling sukar

June 24, 2008 on 9:51 am | In Tazkirah | No Comments

Apabila saya membaca tulisan Muna Izzah terhadap bapanya Ustaz Fadhil Noor di Harakah Daily sempena genap 6 tahun pemergian Al-Marhum Presiden Pas, hati saya tumpang sedih dan akur tentang ungkapan beliau “Pengorbanan perasaan yang paling sukar dilakukan” dalam perjuangan dalam Pas ini. Berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun berada dalam Pas dan perjuangan ini, saya amat setuju dengan ungkapan ini. Tidak telalu payah untuk berkorban wang ringgit, harta, tenaga dan masa jika dibandingkan dengan perngorbanan perasaan.

Kecewa dan sedih kerana program yang kita anjurkan tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan adalah antara perkara yang sering terjadi. Walaupun banyak masa, tenaga yang ditaburkan untuk menjayakan sesuatu program, tetapi kesudahannya tidak seperti yang diharapkan. Komitmen dari kawan-kawan dan ahli-ahli pas selalunya begitu mengecewakan.

Sabtu lalu kami Dewan Pemuda telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak diantara Pemuda PAS BTR dengan Pemuda PAS Wilayah. Pemuda PAS Wilayah telah membatalkan kehadiran mereka sehari sebelum perlawanan. Pada petang Sabtu itu pula kehadiran begitu menyedihkan! hanya dalam 6 orang. Nak main bola macam mana dengan 6 orang sahaja tambahan pula kaki saya sakit dan tidak dapat bermain. Banyak AJK pemuda yang tidak hadir tanpa memberi alasan. Yang berjanji nak turun dengan team bola masing-masing, tidak datang dan memungkiri janji. “ini baru ajak main bola, belum lagi buat program yang lain” rungut ketua Pemuda. Sehinggakan beliau bersungut dan mahu meletakkan jawatan pada masa itu. Saya hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Walaupun duit (sewa padang dan beli bola) telah dibazirkan, tetapi rasa kekecewaan itu lebih besar dan pedih untuk ditanggung.

Pada malamnya pula saya pergi ke Sri Perindu dalam rangka lawatan AJK harian kawasan ke cawangan-cawangan. Kehadiran ahli-ahli pas cawangan ok,agak memberangsangkan tetapi kehadiran AJK harian Kawasan begitu mengecewakan. Hanya YDP, TYD dan Ketua Penerangan sahaja yang hadir. Mana yang lain? (ada 10 AJK harian semuanya). Adakah mereka semua ada hal yang lebih penting? Setelah selesai program, saya pulang tanpa mahu bertanyakan perkara tersebut kepada YDP. Saya tidak tahu apa perasaan YDP atas kehadiran AJK Harian yang mengecewakan itu.

Terlalu banyak contoh-contoh yang boleh diberi dimana ianya mengundang pengorbanan perasaan terutamanya apabila ia membabitkan komitmen ahli-ahli pas. Kadang-kadang kita di kritik di dalam mesyuarat kerana tidak buat program tetapi apabila program dibuat, sambutannya selalunya mengecewakan. Dan kadang-kadang kita pula disalahkan atas kegagalan tersebut.

Pernah terkeluar satu ungkapan yang pernah diluahkan oleh seorang AJK Pas satu ketika dulu (yang menjadi ungkapan mainan kami di Pemuda satu ketika dulu), “aku buat shorang-shorang”. AJK ini merasa sedih kerana terpaksa membuat program secara berseorangan tanpa mendapat pertolongan yang diharapkan dari kawan-kawan yang lain.

Mungkin ini adalah salah satu sebab besar kenapa ramai ahli-ahli Pas yang pernah memegang jawatan dalam organisasi ini futur (kecewa dan menghilangkan diri). Mereka gagal dalam menangani pengorbanan perasaan. Hanya berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap ALLAH dimana setiap apa yang kita lakukan dalam usaha untuk menegakkan agama ALLAH dan mencari Keredhaan Nya akan mendapat ganjaran yang besar daripadaNya, itulah saja yang memberi kekuatan untuk kita terus berusaha dan berada dalam saf perjuangan ini walaupun kegagalan demi kegagalan yang mendatang.

Ujang SWTSU.

kalah itu nikmat?

May 8, 2008 on 3:03 pm | In Tazkirah | No Comments

“Kekalahan adalah nikmat, kemenangan adalah ujian”. Lain macam je bunyi nya. bukan sepatutnya “kekalahan adalah ujian sementara kemenangan adalah nikmat”.  Pelik tetapi itulah antara intipati ucapan ceramah yang telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Jerai, YB Ust Firdaus Jaafar pada malam Isnin yang lalu di Surau Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik. Beliau menjelaskan bahawa apabila kalah kita tidak perlu bersusah payah sangat untuk sentiasa turun bersama rakyat dalam apa sahaja program atau perkara yang melibatkan rakyat. Ini merupakan nikmat kerana tanggung jawab yang dipikul tidaklah terlalu berat. Tetapi apabila sudah menang, tanggung jawab yang terpaksa dilaksanakan adalah terlalu berat yang membuat beliau sentiasa sibuk untuk sentiasa melihat apa yang berlaku di kawasan beliau. Ini merupakan ujian yang terpaksa dilalui apabila sudah bergelar wakil rakyat.

YB Ust Firdaus juga menceritakan akan kejayaan kerajaan negeri PAS Kedah menghalang dari perkhidmatan air dari diswastakan. Pengswastaan ini didalangi oleh UMNO BN pada pemerintahan yang lalu yang akan menyebabkan kerajaan Kedah akan kerugiaan berjuta-juta ringgit setiap tahun. Beliau juga menceritakan perihal salah guna kuasa dan rasuah UMNO BN dalam hal pembahagian tanah-tanah hutan untuk pembalakan kepada tokeh-tokeh balak.    

Syabas diucapkan kepada PAS Kedah dan kepada Ust Firdaus. Semoga berjaya mentadbir negeri dengan baik.

Ujang SWTSU. 

Jadual Tazkirah Ramadhan di Asy-syakirin

September 12, 2007 on 3:00 pm | In Tazkirah | 1 Comment

Jadual tazkirahBerikut adalah jadual tazkirah semasa solat tarawikh di Madrasah Asy-Syakirin, Flet Sri Kota, BTR untuk sepanjang bulan Ramadhan ini. Tuan puan semua dijemput untuk bersolat tarawikh di surau ini.

Merdeka Malaysia

August 30, 2007 on 7:17 pm | In Umum, Tazkirah | No Comments

PAS Bandar Tun Razak mengucapkan selamat menyambut 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia kepada seluruh warganegara Malaysia amnya dan para pengundi Parlimen Bandar Tun Razak khususnya.

Semoga Ulang Tahun ke 50 ini akan membuka buku baru bagi Malaysia untuk 50 Tahun akan datang.

MERRRDEKAAAA!! MERRRDEKAAA!! MERRRDEKAAA!!

Jangan Bersedih (La Tahzan)

August 7, 2007 on 11:53 am | In Tazkirah | No Comments

Perjuangan dan kekecewaan  

Apabila kita terlibat dalam sesuatu perjuangan, tidak dapat tidak, kita akan menghadapi satu dari beribu masalah perjuangan iaitu masalah kekecewaan atau frustrated. Apatah lagi apabila kita berjuang dalam mengajak manusia mentauhidkan Allah, mengajak manusia berhukum dengan hukum Allah, yang mana halangannya bukan saja dari luar malahan dari dalam diri kita juga, kekecewaan dan kesedihan sudah menjadi asam garam dalam menempuh gelora perjuangan. Kecewa apabila gagal dalam mencapai objektif terhadap sesuatu program yang diadakan, gagal mendapat sokongan dan pertolongan yang diharapkan, gagal untuk mendapat dana yang diperlukan dan berbagai lagi kegagalan yang biasa dihadapi. Senarainya terlalu panjang untuk diperkatakan. Kegagalan dan kekecewaan biasanya jauh lebih banyak mengatasi senarai kejayaan dan kegembiraan . Dari sekecil-kecil kegagalan hinggalah kesebesar-besar kegagalan seperti sentiasa gagalnya kita untuk memenangi pilihanraya dan mengalahkan regim Barisal Nasional.

     Rasulullah s.a.w dalam berjuang menyebarkan Islam di bumi Mekah juga sering kali menghadapi krisis kekecewaan. Rasullullah s.a.w juga adalah manusia biasa yang mempunyai sifat-sifat kemanusiaan seperti kita. Kecewa apabila dakwah Baginda s.a.w tidak mendapat sambutan dari masyarakat Mekah hatta pakcik Rasullullah s.a.w, Abu Lahab telah menolak mentah-mentah dakwah beliau. Bukan itu saja, tubuh badan Rasullullah s.a.w  yang mulia juga sering kali disakiti.

   Antara sebab-sebab sesuatu ayat Al-Quran diturunkan ialah untuk menghiburkan hati Rasulullah s.a.w yang kecewa terhadap tentangan kaum musyrikin Mekah pada masa itu. Allah menghiburkan hati Rasulullah s.a.w dengan antaranya menceritakan kisah-kisah nabi-nabi yang terdahulu. Kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh rasul-rasul sebelum Baginda s.a.w. Allah juga menjamin selepas kepayahan pasti ada kejayaan. InsyaAllah. Peristiwa Isra’ dan Mi’raj juga ada kaitan dengan bagaimana Allah mahu menghiburkan hati kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w dari perasaan sedih selepas kematian Pakcik dan isteri yang disayanginya.

   Jika penyakit kekecewaan dan kesedihan ini gagal ditangani dengan baik oleh seseorang pejuang, peluang beliau untuk FUTUR atau keciciran dalam perjuangan adalah besar. Tidak salah untuk berasa kecewa atau sedih kerana kita adalah insan biasa yang kerdil yang penuh dengan kekurangan dan kelemahan. Tetapi perasaan kekecewaan itu akan menjadi masalah yang besar apabila kita terlalu ‘obsess’ dengan nya. Pasrahkan diri kepada Allah, bacalah Al-Quran, pahamilah ayat-ayatnya, belajar dan bacalah tentang sirah perjuangan Rasulullah s.a.w, nabi-nabi yang lain dan ulamak-ulamak dan pejuang-pejuang yang terdahulu, InsyaAllah perasaan kecewa dan sedih tadi akan dapat kita tangani dengan baik. Malahan kita akan bangkit dan terus maju dengan lebih bersemangat dimedan tempur! Selamat berjuang untuk semua.

Ujang SWT.

Next Page »