Lawatan harian ke Delima

August 18, 2008 on 10:23 am | In Lawatan | No Comments

Esok Selasa 19 Ogos 2008, AJK Harian Pas BTR akan turun melawat cawangan Delima dan cawangan Taman Bukit Anggerik. Program akan dilakukan secara bersama diantara dua cawangan ini. Ini merupakan lawatan terakhir dalam siri-siri lawatan ke cawangan-cawangan untuk tahun ini. Tentu banyak maklumat yang akan disampaikan oleh YDP dan rombongan setelah baru kembali dari muktamar Pas Pusat minggu lalu. Semua ahli-ahli cawangan diminta hadir. Sila hubungi ketua cawangan masing-masing untuk maklumat tempat dan waktu.

Lawatan harian ke cawn2

August 7, 2008 on 1:03 pm | In Lawatan | No Comments

Untuk lawatan seterusnya, AJK Harian pas Kawasan BTR akan turun ke cawangan-cawangan seperti berikut :

1) Lawatan ke Cawangan Kg Malaysia dan Kg Malaysia
Tambahan pada Jumaat 8 Ogos 2008 9:30 malam di markas
cawangan Kg Malaysia Tambahan.
2) Lawatan ke cawangan Sri Kota dan Taman Mulia pada Isnin 11
Ogos 9:30 malam.
3) Lawatan ke cawangan Sri Johor,Sri Melaka dan Sri P Pinang
pada Rabu 13 Ogos 9:30 malam.

Kepada semua ahli-ahli cawangan diminta hadir ke program diatas mengikut cawangan masing-masing. Hubungi ketua cawangan masing-masing untuk maklumat lanjut.

Lawatan ke Sri Penara

August 5, 2008 on 10:00 am | In Lawatan | No Comments

AJK harian Pas BTR akan turun mengadakan lawatan ke cawangan Sri Penara pada esok Rabu 6 Ogos 2008 jam 9:30 malam. Diminta kepada semua ahli-ahli pas cawangan Sri Penara untuk hadir ke majlis ini. Hubungi ketua cawangan Sri Penara, Sdr Rozi untuk maklumat tempat program.

Lawatan ke Desa Cheras

June 26, 2008 on 3:57 pm | In Lawatan | No Comments

AJK Harian Pas BTR akan turun melawat ahli-ahli pas di Cawangan Desa Cheras pada esok 27 Jun 2008 9:30 malam di rumah ketua cawangan, Sdr Tarmizi. Semua ahli-ahli pas cawangan diminta hadir. Begitu juga dengan semua AJK harian Pas BTR.

Lawatan lagi

June 13, 2008 on 8:22 am | In Lawatan | No Comments

Ada dua lawatan untuk masa terdekat ini

1) Lawatan AJK Harian Pas BTR ke cawangan Taman Jaya. Lawatan akan diadakan pada Isnin 16 Jun 2008 selepas Isya’ di Surau Mustaqimah, Taman Jaya. Semua ahli-ahli pas Taman Jaya diminta untuk bersama-sama berada didalam majlis ini.

2) Lawatan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke Dewan Pemuda Pas BTR. Program akan diadakan pada Sabtu 14 Jun 2008 jam 10 malam di markas pas kawasan, Plaza Phoenix. Semua AJK pemuda pas kawasan dan cawangan diminta hadir ke majlis ini.

Ujang SWTSU.

Lawatan ke Cawangan Tmn Mewah

June 9, 2008 on 1:39 pm | In Lawatan | No Comments

Pada malam ini, Ahli Jawatankuasa Harian Pas Kawasan BTR akan turun membuat kunjungan ramah mesra ke Pas Cawangan Taman Mewah. Diharap semua ahli-ahli pas Cawangan Taman Mewah dapat hadir bertemu muka, berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan kami AJK harian BTR. Taman Mewah menjadi cawangan yang terawal untuk dikunjungi dalam rangka program lawatan ke setiap cawangan Pas di BTR. Semoga program ini akan mendapat sambutan yang baik dari ahli-ahli cawangan dan mudah-mudahan matlamat program ini akan tercapai. Selepas ini, InsyaAllah cawangan Taman Jaya pula akan menjadi destinasi lawatan seterusnya.

Ujang SWTSU.

Next Page »