|
||||||||||
|
|
Ceramah UmumDecember 13, 2007 on 11:42 am | In Ceramah | No CommentsPENJELASAN ISU PENAHANAN DI PARLIMEN 13 Disember 2007 (mlm ini) 9 mlm Markaz Tarbiyyah PAS Tmn Melewar Penceramah : Ustzh Nuridah Mohd Salleh (Ketua DMPP) Dr Hatta Ramli (Bendahari PAS Pusat) Dr Lo’ Lo’ Hj Ghazali (AJK PAS Pusat) SEMUA DIJEMPUT HADIR Jom Dengar CeramahNovember 23, 2007 on 9:21 am | In Ceramah | No CommentsCeramah sempena jelajah ‘Bahaya BN’ Wilayah Persekutuan akan diadakan seperti berikut : Tarikh : 25/11/07 (Ahad), 9:30 malam Tempat : Dataran As-Syakirin, Flet Sri Kota, Bdr Tun Razak Penceramah : Dato’ Hj Mustafa Ali (AJK PAS Pusat) Sdr Anuar Tahir (AJK PAS Pusat) Semua dijemput hadir. Tazkirah RamadhanOctober 3, 2007 on 8:48 am | In Ceramah | No CommentsTazkirah Ramadhan bersama YB Salahudin Ayub, Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat dan Hj Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas Pusat pada 7 Oktober 2007 (Ahad) jam 9:30 malam di Lot 8, Jalan 24/141, Kg Malaysia Tambahan, Sungei Besi. Program adalah anjuran Pas Cawangan Kg Malaysia. Semua dijemput hadir. Anwar Ibrahim & Ust Ghani Rahman di AssyakirinSeptember 26, 2007 on 10:30 am | In Ceramah | No CommentsPada Rabu 26 Sept 2007, di Madrasah Assyakirin, Flet Sri Kota Bandar Tun Razak, satu tazkirah perdana akan diadakan selepas solat Isya’. Tazkirah akan disampaikan oleh DS Anwar Ibrahim, Penasihat PKR dan Ustaz Abd Ghani Abd Rahman, Pesuruh Jaya Pas Melaka. Semua dijemput hadir. Majlis berbuka puasa dan ceramahSeptember 19, 2007 on 9:20 am | In Ceramah | No CommentsSatu majlis berbuka puasa akan diadakan pada 19 September 2007 (Rabu) di markas cawangan Kampung Malaysia, Sg Besi iaitu di rumah ketua cawangan Kampung Malaysia, Tn Hj Zakaria Aziz (Pak Ya). Selepas solat tarawih, ceramah akan disampaikan oleh Hj Muhammad Sabu, Naib Presiden Pas. Semua dijemput hadir. Siapa sebenarnya pengkhianat negaraAugust 27, 2007 on 9:22 am | In Ceramah | No CommentsMalam tadi di Dataran Assyakirin, Bandar Tun Razak, Sdr Mazlan Aliman dalam ucapannya pada malam ceramah kemerdekaan selamatkan Malaysia anjuran Pas Bandar Tun Razak menyatakan UMNO dan BN lah yang sebenarnya yang menjadi petualang negara. Beliau mendedahkan perkara yang berlaku terhadap projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di selatan tanah air dimana tanah-tanah yang begitu luas yang telah dijual kepada pelabur-pelabur Singapura. UMNO dan kroni-kroninya juga telah menjual pasir-pasir kepada Singapura untuk menambak negara mereka. UMNO dan kroni-kroninya menjadi kaya-raya dengan menjual pasir dan kedaulatan negara. Mazlan juga menyentuh isu Pulau Batu Putih, jambatan bengkok, jet pejuang Singapura menceroboh ruang udara Johor dan jualan air mentah kepada Singapura yang mana Malaysia dalam semua keadaan telah tunduk kepada kemahuan Singapura. Malaysia telah hilang kedaulatannya apabila berhadapan dengan Singapura. Sdr Saifudin Nasution pula dalam ucapannya menyentuh tentang kadar jenayah yang meningkat yang berlaku didalam negara. Rasuah berlaku dengan begitu hebat dikalangan pemerintah dan dikalangan polis-polis. Dengan kemenangan besar yang diperolehi oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya yang lalu telah menyebabkan mereka lupa untuk menjaga kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Rakyat sepatutnya membuat perubahan dengan tidak memberikan undi mereka kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang. Pak Lah telah memungkiri janjinya dalam pilihanraya yang lalu untuk membenteras rasuah. Ujang SWT. Next Page » |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |