|
||||||||||
|
|
Mengenai
Sejarah RingkasPAS Kawasan Bandar Tun Razak PAS Kawasan telah ditubuhkan pada 30 April 1988 [Bil. PPM / WP : 26/52-3045(2)] dikenali sebagai PAS Kawasan Sungai Besi sebelum persempadanan semula kawasan Parlimen pada tahun 1990. Mulai pada tahun tersebut ia dikenali sebagai PAS Kawasan Bandar Tun Razak. Antara pengasas-pengasas awal penubuhan PAS Kawasan ialah Allahyarham Tuan Haji Hassan Basri, Tuan Haji Mohd Ali Shahrudin, Ustaz Ab Ghani Abd Rahman, Ustaz Mohd Ali Jamil dan Saudara Abdullah Mohamad. Cawangan terawal yang diwujudkan ialah Cawangan PAS Sri Johor pada 1 Julai 1985 [Bil. PPM / WP: 26/52-2469(2)]. Manakala Dewan Pemuda telah ditubuhkan pada 9 Januari 1986 [Bil. PPM / WP: 26/52-2517(2)] dan Dewan Muslimat pada 10 Ogos 1988 [Bil. PPM / WP: 26/52-3313(2)]. PAS Kawasan telah menyertai 2 pilihan raya iaitu pada tahun 1986 atas nama PAS Kawasan Sungai Besi dan pada tahun 1995 sebagai PAS Kawasan Bandar Tun Razak. Sepanjang tempoh tersebut hingga kini, PAS Kawasan Bandar Tun Razak telah diketuai oleh beberapa orang Yang Dipertua iaitu Allahyarham Tuan Haji Hassan Basri, Tuan Haji Mohd Ali Shahrudin, Mejar (B) Tuan Haji Abdul Rashid Hassan Basri, Saudara Zulkifli Noordin dan kini Saudara Md Shukor Abd Aziz. |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |