|
||||||||||
|
|
Pengorbanan perasaan paling sukarJune 24, 2008 on 9:51 am | In Tazkirah |Apabila saya membaca tulisan Muna Izzah terhadap bapanya Ustaz Fadhil Noor di Harakah Daily sempena genap 6 tahun pemergian Al-Marhum Presiden Pas, hati saya tumpang sedih dan akur tentang ungkapan beliau “Pengorbanan perasaan yang paling sukar dilakukan” dalam perjuangan dalam Pas ini. Berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun berada dalam Pas dan perjuangan ini, saya amat setuju dengan ungkapan ini. Tidak telalu payah untuk berkorban wang ringgit, harta, tenaga dan masa jika dibandingkan dengan perngorbanan perasaan. Kecewa dan sedih kerana program yang kita anjurkan tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan adalah antara perkara yang sering terjadi. Walaupun banyak masa, tenaga yang ditaburkan untuk menjayakan sesuatu program, tetapi kesudahannya tidak seperti yang diharapkan. Komitmen dari kawan-kawan dan ahli-ahli pas selalunya begitu mengecewakan. Sabtu lalu kami Dewan Pemuda telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak diantara Pemuda PAS BTR dengan Pemuda PAS Wilayah. Pemuda PAS Wilayah telah membatalkan kehadiran mereka sehari sebelum perlawanan. Pada petang Sabtu itu pula kehadiran begitu menyedihkan! hanya dalam 6 orang. Nak main bola macam mana dengan 6 orang sahaja tambahan pula kaki saya sakit dan tidak dapat bermain. Banyak AJK pemuda yang tidak hadir tanpa memberi alasan. Yang berjanji nak turun dengan team bola masing-masing, tidak datang dan memungkiri janji. “ini baru ajak main bola, belum lagi buat program yang lain” rungut ketua Pemuda. Sehinggakan beliau bersungut dan mahu meletakkan jawatan pada masa itu. Saya hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Walaupun duit (sewa padang dan beli bola) telah dibazirkan, tetapi rasa kekecewaan itu lebih besar dan pedih untuk ditanggung. Pada malamnya pula saya pergi ke Sri Perindu dalam rangka lawatan AJK harian kawasan ke cawangan-cawangan. Kehadiran ahli-ahli pas cawangan ok,agak memberangsangkan tetapi kehadiran AJK harian Kawasan begitu mengecewakan. Hanya YDP, TYD dan Ketua Penerangan sahaja yang hadir. Mana yang lain? (ada 10 AJK harian semuanya). Adakah mereka semua ada hal yang lebih penting? Setelah selesai program, saya pulang tanpa mahu bertanyakan perkara tersebut kepada YDP. Saya tidak tahu apa perasaan YDP atas kehadiran AJK Harian yang mengecewakan itu. Terlalu banyak contoh-contoh yang boleh diberi dimana ianya mengundang pengorbanan perasaan terutamanya apabila ia membabitkan komitmen ahli-ahli pas. Kadang-kadang kita di kritik di dalam mesyuarat kerana tidak buat program tetapi apabila program dibuat, sambutannya selalunya mengecewakan. Dan kadang-kadang kita pula disalahkan atas kegagalan tersebut. Pernah terkeluar satu ungkapan yang pernah diluahkan oleh seorang AJK Pas satu ketika dulu (yang menjadi ungkapan mainan kami di Pemuda satu ketika dulu), “aku buat shorang-shorang”. AJK ini merasa sedih kerana terpaksa membuat program secara berseorangan tanpa mendapat pertolongan yang diharapkan dari kawan-kawan yang lain. Mungkin ini adalah salah satu sebab besar kenapa ramai ahli-ahli Pas yang pernah memegang jawatan dalam organisasi ini futur (kecewa dan menghilangkan diri). Mereka gagal dalam menangani pengorbanan perasaan. Hanya berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap ALLAH dimana setiap apa yang kita lakukan dalam usaha untuk menegakkan agama ALLAH dan mencari Keredhaan Nya akan mendapat ganjaran yang besar daripadaNya, itulah saja yang memberi kekuatan untuk kita terus berusaha dan berada dalam saf perjuangan ini walaupun kegagalan demi kegagalan yang mendatang. Ujang SWTSU. No Comments yet »RSS feed for comments on this post. TrackBack URI Leave a comment |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |