|
||||||||||
|
|
Lawatan ke Desa CherasJune 26, 2008 on 3:57 pm | In Lawatan | No CommentsAJK Harian Pas BTR akan turun melawat ahli-ahli pas di Cawangan Desa Cheras pada esok 27 Jun 2008 9:30 malam di rumah ketua cawangan, Sdr Tarmizi. Semua ahli-ahli pas cawangan diminta hadir. Begitu juga dengan semua AJK harian Pas BTR. Pengorbanan perasaan paling sukarJune 24, 2008 on 9:51 am | In Tazkirah | No CommentsApabila saya membaca tulisan Muna Izzah terhadap bapanya Ustaz Fadhil Noor di Harakah Daily sempena genap 6 tahun pemergian Al-Marhum Presiden Pas, hati saya tumpang sedih dan akur tentang ungkapan beliau “Pengorbanan perasaan yang paling sukar dilakukan” dalam perjuangan dalam Pas ini. Berdasarkan pengalaman lebih 10 tahun berada dalam Pas dan perjuangan ini, saya amat setuju dengan ungkapan ini. Tidak telalu payah untuk berkorban wang ringgit, harta, tenaga dan masa jika dibandingkan dengan perngorbanan perasaan. Kecewa dan sedih kerana program yang kita anjurkan tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan adalah antara perkara yang sering terjadi. Walaupun banyak masa, tenaga yang ditaburkan untuk menjayakan sesuatu program, tetapi kesudahannya tidak seperti yang diharapkan. Komitmen dari kawan-kawan dan ahli-ahli pas selalunya begitu mengecewakan. Sabtu lalu kami Dewan Pemuda telah menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak diantara Pemuda PAS BTR dengan Pemuda PAS Wilayah. Pemuda PAS Wilayah telah membatalkan kehadiran mereka sehari sebelum perlawanan. Pada petang Sabtu itu pula kehadiran begitu menyedihkan! hanya dalam 6 orang. Nak main bola macam mana dengan 6 orang sahaja tambahan pula kaki saya sakit dan tidak dapat bermain. Banyak AJK pemuda yang tidak hadir tanpa memberi alasan. Yang berjanji nak turun dengan team bola masing-masing, tidak datang dan memungkiri janji. “ini baru ajak main bola, belum lagi buat program yang lain” rungut ketua Pemuda. Sehinggakan beliau bersungut dan mahu meletakkan jawatan pada masa itu. Saya hanya mampu menjadi pendengar yang setia. Walaupun duit (sewa padang dan beli bola) telah dibazirkan, tetapi rasa kekecewaan itu lebih besar dan pedih untuk ditanggung. Pada malamnya pula saya pergi ke Sri Perindu dalam rangka lawatan AJK harian kawasan ke cawangan-cawangan. Kehadiran ahli-ahli pas cawangan ok,agak memberangsangkan tetapi kehadiran AJK harian Kawasan begitu mengecewakan. Hanya YDP, TYD dan Ketua Penerangan sahaja yang hadir. Mana yang lain? (ada 10 AJK harian semuanya). Adakah mereka semua ada hal yang lebih penting? Setelah selesai program, saya pulang tanpa mahu bertanyakan perkara tersebut kepada YDP. Saya tidak tahu apa perasaan YDP atas kehadiran AJK Harian yang mengecewakan itu. Terlalu banyak contoh-contoh yang boleh diberi dimana ianya mengundang pengorbanan perasaan terutamanya apabila ia membabitkan komitmen ahli-ahli pas. Kadang-kadang kita di kritik di dalam mesyuarat kerana tidak buat program tetapi apabila program dibuat, sambutannya selalunya mengecewakan. Dan kadang-kadang kita pula disalahkan atas kegagalan tersebut. Pernah terkeluar satu ungkapan yang pernah diluahkan oleh seorang AJK Pas satu ketika dulu (yang menjadi ungkapan mainan kami di Pemuda satu ketika dulu), “aku buat shorang-shorang”. AJK ini merasa sedih kerana terpaksa membuat program secara berseorangan tanpa mendapat pertolongan yang diharapkan dari kawan-kawan yang lain. Mungkin ini adalah salah satu sebab besar kenapa ramai ahli-ahli Pas yang pernah memegang jawatan dalam organisasi ini futur (kecewa dan menghilangkan diri). Mereka gagal dalam menangani pengorbanan perasaan. Hanya berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap ALLAH dimana setiap apa yang kita lakukan dalam usaha untuk menegakkan agama ALLAH dan mencari Keredhaan Nya akan mendapat ganjaran yang besar daripadaNya, itulah saja yang memberi kekuatan untuk kita terus berusaha dan berada dalam saf perjuangan ini walaupun kegagalan demi kegagalan yang mendatang. Ujang SWTSU. Pemuda turun padangJune 20, 2008 on 11:03 am | In Aktiviti | No CommentsEsok sabtu 21 Jun 2008, Dewan Pemuda Pas Wilayah akan turun ke Bandar Tun Razak dalam rangka lawatan ke pemuda Kawasan. Perlawanan persahabatan antara Pemuda Kawasan BTR dan Pemuda WP akan diadakan di Padang Maktab Teknik pukul 5:30 petang pada hari tersebut. Semua ahli-ahli pemuda Pas cawangan di BTR diminta hadir untuk berkenal mesra dengan pimpinan pemuda negeri disamping bersama-sama bersukan bermain bola sepak. Pada malamnya pula, AJK Harian Pas BTR akan membuat lawatan ke Pas Cawangan Sri Perindu. Pertemuan dijadualkan akan adakan pada pukul 9:30 malam di dewan Sri Perindu. Semua ahli-ahli cawangan Sri perindu diminta hadir untuk bersama-sama menerima kunjungan kawasan. Ujang SWTSU. Sukan Pasti di Segambut meriahJune 19, 2008 on 8:57 am | In Pemuda | No CommentsPasti Wilayah Persekutuan melakar sejarah dengan julung-julung kalinya program Pasti Wilayah dirasmikan oleh seorang Cina. Program sukan yang telah diadakan di Padang Awam Taman SPPK Ahad lalu telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng dari Parti DAP. Beliau telah menyampaikan ucapan, memeriksa perbarisan pelajar dan memotong reben pelepasan belon bagi menandakan bermula sukan Pasti pada hari tersebut. Ketua Pemuda Pas Wilayah, Sdr Kamaruzaman Mohammad juga telah hadir dan menyampaikan ucapan aluan. Program telah berlansung dengan meriah sekali dengan 15 buah pasti telah mengambil bahagian pada kali ini. Pasti Ar-Rasyidin dari Kawasan Batu telah muncul juara keseluruhan. Pasti Al-Aulad dari Bandar Tun Razak telah mendapat tempat ketiga dan telah memenangi banyak acara-acara yang dipertandingkan. ucapan perasmian YB Lim Lip Eng Lawatan lagiJune 13, 2008 on 8:22 am | In Lawatan | No CommentsAda dua lawatan untuk masa terdekat ini 1) Lawatan AJK Harian Pas BTR ke cawangan Taman Jaya. Lawatan akan diadakan pada Isnin 16 Jun 2008 selepas Isya’ di Surau Mustaqimah, Taman Jaya. Semua ahli-ahli pas Taman Jaya diminta untuk bersama-sama berada didalam majlis ini. 2) Lawatan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan ke Dewan Pemuda Pas BTR. Program akan diadakan pada Sabtu 14 Jun 2008 jam 10 malam di markas pas kawasan, Plaza Phoenix. Semua AJK pemuda pas kawasan dan cawangan diminta hadir ke majlis ini. Ujang SWTSU. Jemputan KahwinJune 12, 2008 on 8:52 am | In Umum | No CommentsAda dua majlis perkahwinan yang melibatkan Pas BTR pada minggu ini. 1) Anak kepada Ketua Cawangan Flet Sri Kota, Sdr Ismail Kamsah. Majlis akan diadakan di dewan serbaguna Flet Sri Kota. 2) AJK dewan Pemuda Pas BTR, Sdr Mohd Fuad Zakaria. Majlis akan diadakan di rumah ibubapa beliau di Pudu Ulu, Jalan Pudu. Kedua-dua majlis ini akan diadakan pada Ahad ini, 15 Jun 2008. Kepada ahli-ahli Pas dan ahli-ahli pemuda pas yang ada berdekatan, boleh lah hadir untuk memeriah majlis walimah kedua mempelai ini. Selamat pengantin baru diucapkan kepada mereka semoga keluarga yang akan dibina mendapat kerahmatan dan keredhaan Allah hendaknya. Ujang SWTSU. Next Page » |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |