Ijtima’ PAS Wilayah

April 29, 2008 on 10:00 am | In Pengumuman | No Comments

PAS Wilayah Persekutuan akan menganjurkan program tahunannya iaitu Ijtima’ atau Convention PAS Wilayah pada Ahad, 4 Mei 2008 di Markas Tarbiyyah Taman Melewar bermula jam 9:00 pagi. Semua ahli-ahli pas disemua peringkat adalah dijemput hadir. Tajuk ijtima’ kali ini ialah ‘pasca P/raya 12′. Pembentang kertas kerja ialah Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, YB Sdr Salahuddin Ayub. Perbincangan kali ini dijangka hangat memandangkan PAS Wilayah telah melahirkan anak sulungnya di Titiwangsa. Ijtima’ ini akan membahaskan hala tuju PAS wilayah selepas kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang lepas. Hubungi ketua cawangan atau Setiausaha Kawasan untuk maklumat lanjut.    

Futsal DPPBTR

April 29, 2008 on 9:43 am | In Pemuda | No Comments

Dewan Pemuda Pas BTR akan turun bermain Futsal pada malam ini pukul 10:00 malam di Challanger Sports Centre, Alam Damai. Semua Ahli-ahli pemuda Pas BTR dijemput hadir untuk ber’exercise’ bersama-sama kami. Hubungi ketua pemuda cawangan masing-masing untuk maklumat lanjut. 

Mesyuarat Agung PAS BTR

April 28, 2008 on 2:53 pm | In Pengumuman | No Comments

mesyuaratPAS Kawasan Bandar Tun Razak akan mengadakan mesyuarat agung tahunannya bagi kali yang ke-20 pada Sabtu 3 Mei 2008 bermula jam 7:00 petang. Semua perwakilan dari cawangan-cawangan dikehendaki hadir awal kerana jamuan makan akan disediakan seawal jam 7:00 petang. Mesyuarat akan dirasmikan oleh YB Dr Zulkifli Ahmad, AJK PAS Pusat yang juga merupakan ahli Parlimen Kuala Selangor. Sila hubungi ketua cawangan masing-masing untuk maklumat lanjut.

Arggh…bosannya

April 24, 2008 on 5:17 pm | In Umum | No Comments

Perjuangan tetap diteruskan. Begitulah antara intipati kuliah zohor yang baru sebentar tadi disampaikan oleh Ust Nurul Halil dari Gombak. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan demi membuka minda masyarakat untuk berubah dan menerima islam. Saya dengar dan saya akur. setuju 110%.

Tapi saya mula merasa bosan kerana seminggu dua ni hampir tiada langsung program PAS di BTR. Mesyuarat Dewan Pemuda yang sepatutnya diadakan pada malam ni telah ditunda ke Selasa depan. Saya yang ditugaskan untuk menguruskan usul-usul yang akan dibawa ke mesyuarat agung kawasan minggu depan, setakat ini tiada langsung cawangan atau AJK kawasan yang menghubungi saya untuk menyerahkan sebarang usul. Mungkin kali ini tiada langsung isu besar yang mahu dibawa ke Mesyuarat Agung Pas Pusat yang akan diadakan di Perak kalau tak silap saya. Mungkin ahli-ahli pas BTR semua telah berpuas hati dengan pencapaian besar dalam pilihanraya yang lalu sehingga tiada langsung perkara-perkara besar yang perlu mendapat perhatian PAS. Wallahua’lam. Mujurlah saya ada Pasti yang perlu diuruskan samada diperigkat Kawasan mahupun negeri yang membuatkan saya sedikit busy dengan program Pas. Kalau tidak, mungkin tiada perkara yang berkaitan dengan Pas yang berlaku dalam hidup saya seminggu dua ini.

Saya dalam proses untuk mengusaha mengadakan usrah gabungan di markas dengan Ust Yusof Embong sebagai Naqib. Walaupun macam mana sekalipun, usrah dan proses tarbiyyah perlu dilakukan secara berterusan kepada semua ahli-ahli Pas.

Ujang SWTSU. 

   

Jadi ke tak jadi?

April 18, 2008 on 9:27 am | In Parlimen BTR | No Comments

Apa daa… Itulah tek sms yang saya balas kepada Setiausaha PAS Kawasan, Sdr Kamarul apabila saya mendapat sms daripadanya yang mengatakan pertemuan kami AJK Harian PAS BTR dengan TS Khalid Ibrahim dan PKR BTR yang dijadualkan pada esok petang dibatalkan. Sebelum itu pertemuan yang dirancangkan oleh YDP untuk kami semua bertemu dengan TS Khalid pada Isnin lalu di Pejabat beliau di Shah Alam juga tidak menjadi kenyataan. ”Nak buat camno, dia kan busy. Dia kan MB” balas S/U balik kepada saya. Terlepas la peluang untuk saya mencatat sejarah dalam hidup saya bertemu dengan MB. Maklumlah dalam hidup ini, tak pernah lagi saya berjumpa dengan mana-mana MB secara dekat. Excited juga dibuatnya. 

Antara perkara yang masih kabur di Bandar Tun Razak ini ialah apakah kerjasama yang akan dibuat diantara PKR Bahagian BTR dan PAS Kawasan BTR. Setakat ini tiada lagi pertemuan yang formal secara khusus diantara kami untuk membincangkan kerjasama yang perlu dilakukan selepas PKR memenangi kerusi P124. Selepas mesyuarat Kawasan Selasa lepas, ada diantara AJK dan Ketua-ketua cawangan yang begitu bersemangat untuk menjalin kerjasama Pakatan Rakyat seperti yang dianjurkan oleh pimpinan Parti peringkat Pusat. Sehinggakan ada diantara kami yang beria-ia sungguh ingin membuat program untuk bersama-sama turun membantu menyelesaikan masalah-masalah masyarakat di BTR ini seolah-olah P124 ini PAS yang menjadi wakil rakyatnya.   

Semoga pertemuan ini akan diadakan secepat mungkin untuk memastikan gerak kerja apa yang perlu kami lakukan dalam membantu TS Khalid dan PKR di BTR.

Ujang SWTSU.

Kursus pengurusan jenazah

April 18, 2008 on 9:03 am | In Delima | No Comments

Surau Nurul Iman, Taman Minang, Cheras akan menganjurkan kursus pengurusan jenazah pada esok, Sabtu 19 April 2008 di surau ini bermula jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari. Semua ahli-ahli qaryah muslimin dan muslimat yang tinggal berdekatan adalah dijemput untuk menyertai kursus 1/2 hari ini. Tiada bayaran yang dikenakan. Makan tengahari disediakan.

Next Page »