Makan lagi…

March 28, 2008 on 2:23 pm | In Pengumuman | No Comments

Jamuan Kesyukuran PAS Kawasan Putrajaya sempena meraikan petugas-petugas pilihan raya pada Ahad 30 Mac 2008 8:00 malam di Dewan Serbaguna Precint9. Semua yang telah memberikan sumbangan di Putrajaya pada pilihanraya yang lalu dijemput hadir. Hubungi S/U kawasan untuk maklumat lanjut.

Berbondong bondong masuk PAS

March 27, 2008 on 11:22 am | In Pemuda | No Comments

Pada mesyuarat Harian Kawasan yang lepas, Ketua Pemuda dan saya yang juga memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pemuda diberitahu yang ada sekumpulan anak muda seramai lebih kurang 30 orang dari Taman Mewah ingin menjadi ahli PAS. Dewan Pemuda PAS kawasan diminta untuk membuat sesuatu terhadap perkara ini.

Malam tadi semasa mesyuarat AJK Pemuda, sekali lagi kami diminta oleh Ketua Penerangan Pemuda untuk membuat pertemuan dengan kumpulan anak-anak muda yang begitu ramai ingin menyertai PAS terutamanya dikawasan majoriti melayu di Taman Mewah, Bandar Tun Razak. 

Ini adalah antara fenomena yang berlaku di Bandar Tun Razak selepas BA menang besar dalam pilihanraya yang lalu. Saya yakin perkara yang sama juga mungkin berlaku di lain-lain kawasan. Ini merupakan cabaran baru buat PAS terutamanya kami dari dewan Pemuda kerana yang berminat menjadi ahli PAS ini terdiri kebanyakannya dari kalangan belia. Yang lebih mengharukan lagi, kami diberitahu yang kebanyakan anak-anak muda ini agak ‘brutal’ perangainya. Tindakan yang sesuai dengan keremajaan dan kebrutalan mereka diperlukan dalam menangani dan mendekati mereka. Saya tidak pasti samada saya yang sudah menghampiri senja kepemudaan (umur sudah 40 tahun) akan mampu kow tim dengan mereka.

Usaha-usaha untuk berjumpa dengan kumpulan ini sedang dibuat. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini pertemuan ini akan menjadi kenyataan. Cabaran buat kami untuk memikirkan bagaimana untuk ‘tacke’ golongan ini. Doakan kejayaan kami.

Ujang SWTSU 

Kenduri lagi

March 25, 2008 on 10:21 am | In Delima | No Comments

Malam tadi petugas-petugas pilihanraya PAS cawangan Delima seramai 8 orang telah diraikan dengan hidangan makanan ala Lubnan. Kami dengan diketuai oleh Ketua Cawangan, Sdr Kadir telah pergi ke Restoran Al-Rawasha di Ampang dimana restoran ini menyediakan masakan ala Lubnan kepada pengunjung-pengunjungnya. Nasi beriyani Kambing, Ayam mandy, rosha bread, teh pudina adalah antara makanan yang dihidangkan kepada kami. Puhh, sedap…sekali makan pasti tak lupa. Program usrah yang sepatutnya kami adakan pada malam tadi telah bertukar menjadi program usrah dan menjamu selera. Sesekali bagus juga bertukar angin suasana usrah.

Begitulah keadaan kami, walaupun kalah di Putrajaya, kami tetap happy sebagai satu team dari Cawangan Delima. Hubungan akrab antara kami, Ketua Cawangan, Setiausaha, Bendahari, Ketua Pemuda dan AJK insyaAllah akan menjadi salah satu resepi ampuh kepada memantapkan perjuangan PAS di BTR. Seperti apa yang diucapkan oleh PJ PAS Wilayah yang merupakan calun di Putrajaya tempoh hari, PAS tidak kalah, cuma tidak menang lagi. Dengan keikhlasan dan usaha gigih yang berterusan dari petugas-petugas semua, insyaAllah akan diberikan kemenangan oleh Allah jua satu ketika nanti. Percaya dan yakinlah..

Ujang SWTSU

Kenduri Petugas PAS BTR

March 21, 2008 on 9:19 am | In Pengumuman | No Comments

Majlis jamuan meraikan petugas-petugas PAS BTR yang telah bekerja di Putrajaya pada PRU yang lalu akan diadakan pada Sabtu 22 Mac 2008. Majlis akan diadakan di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik dan akan bermula dengan solat Isya’ di surau tersebut. Calun Putrajaya, PJ Wilayah, Hj Mohd Noor Mohamad dan YDP Putrajaya Ust Nazir Zakaria akan turut hadir di majlis ini. Semua ahli-ahli PAS yang telah memberikan sumbangan untuk Parlimen P125 Putrajaya adalah dijemput untuk hadir. Sila hubungi ketua cawangan masing-masing untuk maklumat lanjut.

Dalam mesyuarat AJK PAS BTR malam tadi, antara keputusan yang diambil ialah PAS BTR akan cuba membuat pertemuan dengan ahli Parlimen BTR YB Tan Sri Khalid Ibrahim dan akan menyerahkan memorandum tentang perkara-perkara yang PAS BTR fikir perlu untuk YB Khalid beri perhatian di Bandar Tun Razak. Dalam mesyuarat tersebut juga diputuskan mesyuarat agung PAS BTR akan diadakan pada 5 Mei 2008. Tempat akan ditentukan kemudian. Mana-mana cawangan PAS yang belum mengadakan mesyuarat agung, mereka dikehendaki berbuat demikian sebelum hujung bulan Mac ini.

Ujang SWTSU.  

Tahniah PKR BTR

March 17, 2008 on 3:02 pm | In Umum | 1 Comment

Saya sebagai Ketua Penerangan PAS BTR mewakili Yang Di Pertua dan semua AJK PAS BTR mengucapkan tahniah dan syabas kepada Tan Sri Khalid Ibrahim dan PKR bahagian BTR diatas kemenangan calun PKR di Parlimen P124 Bdr Tun Razak pada pilihanraya yang baru berlalu. Kami juga merasa tumpang gembira diatas kemenangan calun PAS di Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo Ghazali. Semoga mereka semua akan menjalankan tugas mereka dengan baik setelah mendapat mandat daripada rakyat.

Petang semalam dalam perjalanan ke Taman Tasik Permaisuri, saya melalui kawasan Taman Mewah, saya melihat PKR Taman Mewah mengadakan majlis meraikan kemenangan calun mereka di khemah gerakan mereka. Mereka semua kelihatan sungguh ceria. Masakan tidak, calun mereka telah menang setelah gagal dalam dua percubaan sebelum ini. Dalam perjalanan pulang dari tasik Permaisuri, saya berselisih dengan konvoi PKR mengelilingi Bandar Tun Razak sekali lagi meraikan kemenangan calun mereka. Sungguh seronok sekali mereka.

Saya telah berkecimpung secara aktif dengan dengan PAS terutamanya di BTR sejak 1997 lagi. Sudah lebih 10 tahun.  Saya bertugas sebagai PACA untuk Chandra Muzaffar  pada pilihanraya 1999 dan Dr Rosli Ibrahim pada pilihanraya 2004. Untuk kali ini, sekali lagi bertugas sebagai paca untuk Hj Mohd Noor Mohd di Parlimen Putrajaya. Semuanya kalah. Saya tidak pernah dapat merasai bagaimana gembiranya apabila calun yang kita perjuangkan menang. Setakat ini, saya hanya menumpang perasaan gembira dengan kemenangan sahabat-sahabat di tempat lain.

Itulah asam garam perjuangan. Kalaulah semata-mata kemenangan itulah yang menjadi matlamat perjuangan, sudah lama kami tutup kedai dan pergi kekawasan yang kami boleh mencapai kemenangan. Tetapi, matlamat utama kami ialah mencari keredhaan Allah dan kami akan tetap berjuang disini bersama rakan-rakan yang lain walaupun kalah dan kalah untuk kesekian kalinya. Kami mahu usaha-usaha kami ini menjadi bukti dihadapan Allah yang kami telah berusaha memenangkan ugamanya apabila kami dipanggil mengadapnya diakhirat kelak. Sesungguhnya Allah beri kekuasaan dan kemenangan kepada sesiapa yang dia kehendaki.

Ujang SWTSU.

    

Sayonara Putrajaya!

March 10, 2008 on 10:01 am | In Kenyataan | No Comments

Puas. Itulah yang saya rasakan. Puas kerana yang pertamanya seperti rakan-rakan yang lain, BA telah menang besar dan menafikan keangkuhan BN. Walaupun masih belum dapat menumbangkan BN sepenuhnya, sekurang-kurangkan dapat menafikan 2/3 majoriti mereka.  Yang keduanya, barulah kali ini saya merasakan undi saya berbaloi dan mampu melakukan perubahan kepada politik Bandar Tun Razak. Setelah mengundi sebanyak 3 kali sebelum ini, saya merasakan undi saya hanyalah sia-sia dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa dalam usaha menjatuhkan kerajaan korup BN. Kali ini ianya ternyata berbeza dan saya berasa begitu gembira kerana undi saya telah menyumbang dalam menuju kearah Malaysia yang adil, bersih dan berkebajikan. 

Cumanya rasa agak sedikit kecewa kerana calun PAS telah tewas di Putrajaya walaupun tidak sampai ketahap hilang wang pertaruhan. Setelah berkampung selama 2 minggu di Presinct 9 dan berkerja siang dan malam bergilir-gilir berulang alik dari rumah di Cheras ke Putrajaya, kami masih gagal untuk menyakinkan penduduk Putrajaya untuk menolak calun BN Tengku Adnan Mansor. Ternyata penduduk Putrajaya lebih rela berwakil rakyatkan tokeh judi dari calun yang membawa mesej islam. Atau mungkinkah faktor takut membuatkan mereka membuat keputusan sedemikian rupa? Amat malang jika itulah alasannya kerana bangsa melayu lebih mementingkan periuk nasi masing-masing dari memikirkan masalah masyarakat dan negara.

Kerja-kerja mengemas markas dan menurunkan poster-poster telah kami lakukan semalam dan kami secara rasminya meninggalkan Putrajaya dan kembali ke Bandar Tun Razak. Walaupun bagaimanapun, Putrajaya telah memberi banyak pengalaman hidup yang berguna dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Insyaallah jika dipanjangkan umur dan diarahkan untuk kesana lagi, kita akan berjumpa lagi di pilihanraya yang akan datang.

Ujang SWTSU.

Next Page »