“saya sokong PAS, UMNO jahat”

February 27, 2008 on 9:25 am | In Pilihanraya | 1 Comment

“pakcik sokong PAS ?”. Saya ditanya oleh seorang budak perempuan lingkungan tahun 3 atau 4 semasa saya brtembung dengannya selepas menunaikan hajat membuang air kecil di bangunan kediaman depan markas gerakan kami di Putrajaya malam tadi. “pakcik bukan sahaja sokong PAS, pakcik juga bekerja untuk PAS” jawab saya. “Saya juga sokong PAS, UMNO jahat” katanya. “Abang saya ada banyak cerita-cerita UMNO jahat dalam computer dia” katanya lagi. “Minta ayah dan ibu adik undi PAS ye, nanti adik boleh belajar percuma tak payah pakai duit banyak-untuk belajar” kata saya kepadanya sebelum beredar menuju balik kemarkas kami. Ini sudah satu petanda yang baik detik hati saya dalam perjalanan kemarkas untuk kerja-kerja seterusnya.

Malam tadi juga saya telah mengimamkan solat isya’ di Surau di blok kediaman tersebut setelah imam yang biasa tidak datang. Mulanya saya agak keberatan untuk menjadi imam, takut-takut tidak diterima oleh jemaah di situ. “tak pa, tak pa kami tak kisah kata bilal yang menghulurkan microphone kepada saya” kerana beliau tahu saya adalah petugas PAS disitu kerana baju yang saya pakai ada lambang PAS. Alhamdulillah, jemaah di Surau tersebut tidak ada masalah untuk menerima kami.

Malam tadi kami habiskan masa dengan pergi kerumah-rumah untuk mengedarkan bahan-bahan kempen dan manifesto PAS.

Ujang SWTSU

Sinar Kemenangan di Putrajaya?

February 26, 2008 on 11:24 am | In Pilihanraya | No Comments

Malam tadi semasa saya dan sahabat dari Putrajaya mencari cari barang-barang keperluan dari kedai ke kedai untuk markas gerakan kami seperti paku, pisau, tukul besi, kertas, wayar, dan lain-lain, kami melalui khemah markas gerakan BN di Precint 9D. Saya dapati hanya 2 atau 3 orang saja petugas BN yang berada di situ. Keadaannya sungguh muram dan kelam. Berbeza dengan markas kami yang penuh dengan petugas yang meriah yang sentiasa sibuk dengan urusan-urusan kempen dan penampalan poster. Menurut sahabat saya yang memang tinggal di situ, keadaannya sungguh berbeza jika dibandingkan dengan keaadaan semasa pilihanraya 2004 yang lalu. Dalam pilihanraya yang lalu, markas BN memang mempunyai ramai petugas kerana ramai penduduk tempatan yang datang membantu berkempen untuk BN. 

Mungkinkah ini tanda-tanda permulaan yang menunjukkan penduduk Putrajaya telah menolak Pak Lah dan BN?. Dulu mungkin harapan mereka begitu tinggi kepada Pak Lah mengharapkan nasib rakyat akan dibela dibawah pemerintahan ‘Mr Clean’. Ternyata harapan kini hanya tinggal harapan kerana janji-janji untuk membenteras rasuah hanya tinggal janji.  Malahan Pak Lah dengan imej kaki tidurnya gagal menjaga nasib rakyat yang dibelenggu himpitan hidup disebabkan kenaikan harga minyak dan harga barang-barang keperluan untuk hidup.

Rakyat Putrajaya perlu membuat perubahan. Rakyat Putrajaya perlu menghantar mesej yang jelas kepada Pak Lah bahawa beliau telah gagal menunaikan janji-janjinya untuk membela rakyat. Putrajaya ialah tempat paling sesuai untuk berbuat demikian kerana disinilah pusat pentadbiran negara dan disinilah terletaknya istana Perdana Menteri.

Undilah PAS untuk kebajikan semua!

Ujang SWTSU

PAS BTR di Putrajaya

February 25, 2008 on 10:16 am | In Pilihanraya | No Comments

Letih. Itulah yang kami rasakan sebagai petugas-petugas PAS yang berkerja bertungkus lumus bagi memenangkan calun PAS di Putrajaya, Tn Hj Mohamad noor Mohamad. Seawal 7:30 pagi kami telah berkumpul di Surau Ar-Ridhuan Precint 9C bagi mengiringi calun PAS untuk proses penamaan calun. Setelah selesai menunaikan solat hajat yang diimamkan oleh Dr Azhar Yaakob, kami berarak menuju ke dewan precint 9. Setelah pengumuman dibuat oleh wakil SPR akan perlawanan satu lawan diantara calun BN dan calun PAS pada kira-kira pukul 12 tengahari, kami bersurai dan kembali berkumpul di Surau Ar-Ridhuan.

Kami petugas-petugas PAS dari Bandar Tun RAzak kemudian berkumpul di markas gerakan UPU Taman Metropolitan di Precint 9G bersebelahan gelanggang futsal. Pada kira-kira pukul satu, kami bergotong royong menaikkan khemah untuk markas gerakan kami. Kami balik sekejap kerumah untuk berehat sebelum datang semula selepas asar untuk kerja-kerja memasang billboard.

Setelah selesai menunaikan solat maghrib bersama-sama jemaah di surau yang berdekatan, kami memulakan proses memasang billboard ditempat-tempat yang telah ditentukan oleh PAS Putrajaya. Semalaman kami mengerjakan tanah-tanah Putrajaya yang begitu keras (tambahan hujan telah tidak turun berhari-hari) untuk menaikkan bilboard-billboard yang agak banyak. Dengan kudrat yang terhad disamping tidak biasa  dengan kerja-kerja korek mengorek dan cangkul mencangkul, kami usahakan juga walau tapak-tapak tangan kami mula melecet. Mujurlah kemudian datang sahabat-sahabat dari Lembah Pantai datang membantu. Jika tidak kami tahu samaada kami mampu untuk menyelesaikan kerja-kerja tersebut tanpa perlu menyambungnya pada keesokan hari.

Kami tidur dengan penuh keletihan. Begitulah nasib kami petugas-petugas PAS. Semuanya kami buat sendiri. Duit, duit kami, tenaga, tenaga kami. Bukan seperti pihak lawan yang mempunyai duit yang begitu banyak. mereka tidak perlu bersusah payah. Dengan duit mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa bersusah payah. Berbeza dengan kami yang berbekalkan “mencari keredhaan Allah’ dan janji Allah ‘berapa banyak golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang ramai dengan izinNya” terpaksa mengerahkan segala kudrat tenaga dan wang ringgit untuk mencari kemenangan di celah-celah masyarakat metropolitan yang banyak mementingkan kebendaan dari kepentingan ugama.

Kami perlukan stamina yang banyak untuk menghadapi 2 minggu yang masih panjang. Semoga Allah memberi pertolongan kepada kami.

Ujang SWTSU.

Pegawai kerajaan perlu berani mengundi PAS

February 20, 2008 on 5:18 pm | In Pilihanraya | No Comments

PUTRAJAYA, 19 Feb (Hrkh) - Pegawai-pegawai kerajaan yang bekerja dan menetap di Putrajaya harus lebih berani daripada orang kampung untuk mengundi PAS dalam pilihan raya kali ini. 

 ImagePresiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, pegawai kerajaan di Putrajaya mempunyai pendidikan dan fikiran jauh lebih baik berbanding orang kampung, jadi tidak ada sebab untuk mereka tidak mengundi PAS.

“Pegawai-pegawai Putrajaya tidak perlu rasa takut dengan kerajaan untuk undi PAS bahkan mereka kena tahu undi adalah rahsia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di D’Anjung Presint 1 Putrajaya, ketika program Jelajah Presiden bertemu dan memperkenalkan calon kepada rakyat semalam.

Abdul Hadi juga berharap calon PAS kali ini akan menjadi calon pilihan warga Putrajaya Imagememandangkan hampir 90 peratus penduduk di Putrajaya Melayu dan beragama Islam.

Katanya, siapa calon BN di Putrajaya PAS tetap dengan pendiriannya meletakkan Mohammad Nor Mohamad, 50, yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan sebagai calon.

Beliau juga berkata, sebelum ini walaupun kalah calon PAS di Putrajaya tidak pernah hilang wang deposit, bagaimanapun pada kali ini PAS akan berusaha untuk menang di situ.

“Biar menang di Putrajaya bukannya untuk tidak hilang wang deposit, jangan anggap kemenangan bagi orang Islam adalah mustahil tidak ada kerajaan yang kekal melainkan kerajaan Allah sahaja yang kekal,”katanya.

ImageKatanya, PAS lebih berani daripada BN kerana memperkenalkan calon di Parlimen Putrajaya mendahului mereka.

Berhubung penerimaan kaum bukan Melayu terhadap PAS, Abdul Hadi yakin kaum Cina dan India akan memberi undi kepada PAS dengan syarat mereka tidak diganggu dan diugut oleh pihak lawan.

Dalam pada itu, calon PAS Putrajaya, Mohammad berjanji akan memberi perubahan kepada kakitangan kerajaan yang mana pada saat ini amat memerlukan pembelaan.

“90 peratus penduduk di sini beragama Islam dan memerlukan satu pembelaan yang bersungguh-sungguh daripada kita,” katanya.

Semasa di salah sebuah cafeteria di Presint 1, Abdul Hadi sempat meluangkan masa kira-kira sejam bersama-sama kakitangan kerajaan di samping menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh mereka.

Sejurus selepas itu, Abdul Hadi bersama-sama rombongan solat asar berjemaah di Surau Presint 8 kemudian bertemu dan beramah mesra dengan para peniaga di pasar berhampiran seterusnya ke medan selera di Presint 9.

Turut sama dalam rombongan bertemu rakyat Putrajaya, AJK PAS Pusat Dr Lo’Lo Mohd Ghazali, Ketua Penerangan Dewan Muslimat Salbiah Wahab, dan beberapa orang jentera parti PAS Wilayah.

PAS bertanding 3 kerusi di Wilayah

February 20, 2008 on 3:42 pm | In Pilihanraya | No Comments

Malam tadi bertempat di Markas PAS Kawasan Titiwangsa, Darul Ummah Kg Pandan, dengan rasminya diumumkan oleh Presiden PAS, Tn Guru Hadi Awang, PAS akan bertanding  3 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan. PAS akan meletakkan calun-calun di Parlimen Titiwangsa, Putrajaya dan Labuan. Parlimen Titiwangsa akan ditandingi olej AJK PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali manakala untuk Parlimen Putrajaya PAS meletakkan Pesuruhjaya PAS Wilayah, Tn Hj Mohamad Noor Mohamad. Ceramah malam telah dihadiri oleh beberapa orang wakil dari kaum India. Salah seorang daripadanya telah memberikan ucapan dengan peringatan “PAS FOR ALL” tanpa mengira kaum dan agama. Marilah kita bersama-sama menentukan hala tuju negara kita dengan melakukan perubahan dengan menggantikan kepimpinan BN yang telah sarat dengan rasuah dan penyelewangan dengan kepimpinan BA yang bersih, telus, adil dan bertaqwa.

Tan Sri Khalid Ibrahim calun BTR

February 19, 2008 on 10:08 am | In Pilihanraya | 1 Comment

Tan Sri Khalid Ibrahim malam semalam telah diumumkan sebagai calun PKR yang akan bertanding di Parlimen P124 Bandar Tun Razak. Pengumuman tersebut telah dibuat oleh DS Anwar Ibrahim semasa ceramah umum anjuran PKR bahagian BTR yang telah diadakan di Taman Bukit Anggerik. Pemilihan TS Khalid sebagai calun adalah merupakan pemilihan yang tepat untuk bertanding tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur memandangkan beliau merupakan bekas tokoh korporat yang agak terkenal. Semoga beliau mendapat sokongan padu rakyat dan seterusnya memenangi kerusi parlimen ini.

Untuk makluman semua, pada malam ini jam 9:00 malam bertempat di markas PAS Titiwangsa, Kg Pandan akan diadakan ceramah Presiden dan pengistiharan calun-calun PAS yang akan bertanding di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Antara yang akan berucap ialah Presiden PAS Dato’ Seri Hj Abd Hadi Awang dan Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa. Semua rakyat dijemput hadir. PAS akan bertanding dua kerusi di Kuala Lumpur iaitu di Parlimen Titiwangsa dan Putrajaya. 

Next Page »