|
||||||||||
|
|
XPDC Dakwah DPPPDecember 31, 2007 on 11:04 am | In Pemuda | No CommentsTahun baru datang lagi. Dan seperti biasa kepimpinan negara yang diterajui UMNO dan BN menyambutnya dengan menghidangkan hiburan yang melampau kepada rakyatnya. Walaupun telah ditegur berkali-kali, tetapi semuanya tidak diendahkan oleh mereka. Mereka tetap dengan agenda islam hadarinya untuk melekakan rakyat terutamanya golongan muda dengan budaya hedonism. Dengan itu lebih mudah untuk mereka merompak kekayaan negara kerana rakyat hanya leka dengan hal-hal dunia dan hiburan tanpa menghiraukan nasib hala tuju negara. Sekali lagi Dewan Pemuda Pas Pusat dengan dibantu oleh Pemuda Negeri dan Kawasan-kawasan terpaksa turun untuk menyedarkan orang ramai akan bahaya budaya hiburan yang melampau ini. Disamping pembaziran dan maksiat yang berlaku, muda mudi terutamanya terpaksa diingatkan akan peranan mereka dalam menentukan nasib dan hal tuju negara. Moga-moga dengan usaha yang sedikit ini, masyarakat boleh menerima dan sedar akan perlunya perubahan kepimpinan dilakukan oleh mereka. Dewan Pemuda Pas Bandar Tun Razak akan turun membantu Pemuda Pas Pusat dalam XPDC dakwah malam ini di KLCC. Jumpa disana. Ujang SWT. Dadah, rasuah dan kepimpinan Pak LahDecember 27, 2007 on 9:50 am | In Umum | No CommentsBerikut adalah nukilan dari Keris silau ditujukan kepada kepimpinan Pak Lah untuk renungan kita bersama. Bahaya Dadah dan Rasuah Lingkup negara kerana rasuah Seolah-olah rasuah sudah jadi lumrah Hatta jamuan majlis tahlil sambut Maal Hijrah Lingkup negara juga dengan isu dadah Mereka hilang pegangan hilang maruah Islam mengharamkan dadah dan rasuah Wahai pemerintah Keris Silau 26 December 2007 Sudahkah anda mendaftarkan anak anda?December 26, 2007 on 3:29 pm | In Pasti | 1 CommentJika anda mempunyai anak atau cucu yang berumur 4,5 atau 6 tahun, anda boleh mendapatkan pendidikan islam pra sekolah untuk mereka dari Pusat-pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kami. Kalau anda berada disekitar Bandar Tun Razak anda boleh pergi ke Pasti Ar-Raudhah di Taman Midah (bersebelahan Taman Jaya) untuk mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya mendaftarkan anak-anak anda sebagai pelajar Pasti untuk tahun depan. Jika anda tinggal di Cheras, anda boleh mendaftarkan anak anda di Pasti Al-Aulad di Taman Minang atau Pasti Ehsaniah di Taman Damai Indah. Atau hubungi Ketua Pengarah Pasti Kawasan Bandar Tun Razak di 0192865611 untuk maklumat lanjut. Cepat, tempat terhad! Untuk RenunganDecember 19, 2007 on 2:22 pm | In Isu Setempat | No Comments
| ||||||||||||||