Gelombang Kuning BTR

October 31, 2007 on 10:40 am | In Pengumuman | No Comments

Mesyuarat Harian Kawasan semalam memutuskan Pas Bandar Tun Razak akan menghantar seramai yang mungkin ahli-ahlinya untuk menyertai perhimpunan aman 100,000 Rakyat anjuran BERSIH pada 10 November 2007 di Dataran Merdeka. Semua ketua-ketua cawangan akan diarahkan untuk mengerahkan semua ahli-ahli untuk turun menyertai perhimpunan ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan t-shirt rasmi perhimpunan, boleh lah menghubungi Setiausaha Kawasan, Sdr Kamarul. Semua peserta diminta untuk memakai sesuatu yang kuning samada baju, tudung, topi, reben dan sebagainya. Datang jangan tak datang! Pengorbanan anda diperlukan demi untuk Islam dan negara Malaysia yang kita cintai ini.

Ujang SWT.

Hari keluarga Bkt Anggerik

October 31, 2007 on 10:29 am | In Taman Bukit Anggerik | No Comments

Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik akan menganjurkan hari keluarga pada 3 dan 4 November 2007. Program akan diadakan di surau dan sekitarnya. Antara acara-acara yang akan diadakan ialah perlawanan futsal, badminton, ping pong, tarik tali dan lain-lain. Pada sesiapa yang berminat untuk menyertainya boleh lah menghubungi Imam Jalius di 0192838952. Pada 3 hb disebelah malamnya akan diadakan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh Dato’ Dr Hasan Ali. Semua dijemput hadir.

Gelombang kuning lagi

October 29, 2007 on 5:38 pm | In Umum | No Comments

Himpunan

Jumpa semua disana.

Gelombang kuning 10 November

October 22, 2007 on 10:13 am | In Pilihanraya | No Comments

Semua ahli-ahli Pas diseluruh Malaysia terutamanya di Bandar Tun Razak diingatkan akan program Himpunan 100 ribu umat anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang akan diadakan pada 10 November 2007 bulan depan. Himpunan ini akan diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bertujuan mendesak SPR dan kerajaan agar membersihkan pilihanraya yang akan datang dari sebarang unsur-unsur penipuan.  Diminta semua AJK-AJK kawasan dan cawangan-cawangan agar menggerakkan semua ahli-ahli untuk turut serta dalam perhimpunan ini. Kosongkan tarikh tersebut dari apa-apa program samada program parti maupun program peribadi. Himpunan ini penting demi untuk memastikan penglibatan PAS dalam pilihanraya adalah penglibatan yang berbaloi dan tidak sia-sia. Turun jangan tak turun! Pengorbanan anda diperlukan.

Ujang SWT.

Pesanan dari Dewan Pemuda BTR

October 10, 2007 on 4:01 pm | In Pemuda | No Comments

Dewan Pemuda Pas Bandar Tun Razak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri maaf zahir dan batin kepada semua warga islam yang tinggal di Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Sila klik panduan untuk panduan anda sepanjang anda bergembira menyambut hari lebaran yang akan tiba.

Ketahui hak-hak anda sebagai pengguna, beberapa tips keselamatan jalanraya, Talian Kecemasan / Maklumat Kepada Polis (RAKANCOP) dan Info Kementerian & Persatuan Pengguna.

Perutusan Raya Tn Guru Nik Aziz

October 10, 2007 on 3:46 pm | In Pengumuman | No Comments

Sila klik Tuan Guru  untuk Perutusan Hari Raya dari Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Next Page »