Demo ’selamatkan sistem kehakiman negara’

September 28, 2007 on 9:20 am | In Pemuda | No Comments

Demonstrasi ’selamatkan sistem kehakiman negara’ akan diadakan pada hari ini di perkarangan Masjid Negara selepas solat jumaat. Semua diminta hadir untuk memberikan sokongan.

Memorandum Bantahan Kepada DBKL

September 26, 2007 on 3:07 pm | In Bantahan | No Comments

Pada pukul 11.00 pagi tadi Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan telah menghantar memorandum bantahan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur di Pejabatnya di Jalan Raja Laut mengenai kenaikan saman lalulintas dan cadangan mengenakan caj ke atas semua kenderaan yang memasuki ibu kota.

Penyerahan diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad Noor b. Mohamad dengan diiringi oleh Timbalan Pesuruh Jaya3 Puan Salbiah Wahab, YDP Bandar Tun Razak, Md Shukor Ab. Aziz, YDP Setiawangsa Hj. Halim dan beberapa orang ahli Pas dan penyokong.

Sumbangan Hari Raya PAS BTR

September 26, 2007 on 10:36 am | In Aktiviti | No Comments

PAS Bandar Tun Razak akan mengadakan majlis penyampaian sumbangan hari raya kepada fakir miskin pada Sabtu, 29 Sept 2007 di Masjid Zubir Al Awwam, Cheras. Majlis akan bermula selepas Solat Asar. Pimpinan PAS Wilayah Persekutuan akan turun untuk turut serta meraikan majlis ini.

Anwar Ibrahim & Ust Ghani Rahman di Assyakirin

September 26, 2007 on 10:30 am | In Ceramah | No Comments

Pada Rabu 26 Sept 2007, di Madrasah Assyakirin, Flet Sri Kota Bandar Tun Razak, satu tazkirah perdana akan diadakan selepas solat Isya’.  Tazkirah akan disampaikan oleh DS Anwar Ibrahim, Penasihat PKR dan Ustaz Abd Ghani Abd Rahman, Pesuruh Jaya Pas Melaka. Semua dijemput hadir.

Mahatir….Oh..Mahathir

September 22, 2007 on 6:05 pm | In Artikel | 1 Comment

Mahathir…. Oh…Mahathir

Semasa memasuki saf di salah sebuah masjid di ibu kota terdengar pengumuman tentang solat hajat yang akan dilakukan lepas solat fardu Jumaat. Solat hajat bukanlah sesuatu yang pelik kerana telah biasa orang melakukan atau meminta melakukannya. Tetapi ini lain sebab apa yang saya dengar adalah sesuatu yang dianggap “lari” sikit. Continue reading Mahatir….Oh..Mahathir…

Majlis berbuka puasa Pas Wilayah

September 19, 2007 on 9:25 am | In Umum | No Comments

Pada 22 September 2007 (Sabtu), bertempat di Markas Tarbiyyah Taman Melewar, Badan Perhubungan Pas Wilayah akan menganjurkan majlis berbuka puasa bersama rakyat. Semua dijemput hadir.

Next Page »