Merdeka Malaysia

August 30, 2007 on 7:17 pm | In Umum, Tazkirah | No Comments

PAS Bandar Tun Razak mengucapkan selamat menyambut 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia kepada seluruh warganegara Malaysia amnya dan para pengundi Parlimen Bandar Tun Razak khususnya.

Semoga Ulang Tahun ke 50 ini akan membuka buku baru bagi Malaysia untuk 50 Tahun akan datang.

MERRRDEKAAAA!! MERRRDEKAAA!! MERRRDEKAAA!!

Forum kemerdekaan

August 28, 2007 on 3:37 pm | In Taman Bukit Anggerik | No Comments

Forum kemerdekaan akan diadakan pada 1 September 2007 (Sabtu) di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik, Cheras selepas solat isya’. Ahli Panel terdiri dari Dato’ Hassan Ali, Ust Abd Ghani Abd Rahman dan Ust Abd Ghani Samsudin. Semua di jemput hadir. Seekor lembu tumbang demi untuk menjamu anda! jangan tak datang. 

Pidato Kemerdekaan

August 28, 2007 on 9:39 am | In Delima | No Comments

PAS Kawasan Bandar Tun Razak akan menghantar wakil untuk menyertai program Pidato Kemerdekaan yang akan diadakan pada Rabu 29 Ogos 2007 di Putrajaya. Program adalah anjuran Badan perhubungan PAS Wilayah Persekutuan sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke 50.  PAS BTR akan membuat satu kelainan dalam penyertaan ini dan mungkin akan membuat satu kejutan dan seterusnya InsyaAllah akan memenangi pertandingan ini. 

Ujang SWT.

Konvoi kemerdekaan

August 28, 2007 on 9:31 am | In Pilihanraya | No Comments

gambar konvoi Sila klik gambar konvoi untuk melihat gambar-gambar semasa konvoi jelajah kemerdekaan anjuran Badan Perhubungan PAS Wilayah persekutuan yang telah turun ke Pasar Sg Besi pada Ahad 26 Ogos 2007 yang lalu.

Siapa sebenarnya pengkhianat negara

August 27, 2007 on 9:22 am | In Ceramah | No Comments

Malam tadi di Dataran Assyakirin, Bandar Tun Razak, Sdr Mazlan Aliman dalam ucapannya pada malam ceramah kemerdekaan selamatkan Malaysia anjuran Pas Bandar Tun Razak menyatakan UMNO dan BN lah yang sebenarnya yang menjadi petualang negara. Beliau mendedahkan perkara yang berlaku terhadap projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di selatan tanah air dimana tanah-tanah yang begitu luas yang telah dijual kepada pelabur-pelabur Singapura. UMNO dan kroni-kroninya juga telah menjual pasir-pasir kepada Singapura untuk menambak negara mereka. UMNO dan kroni-kroninya menjadi kaya-raya dengan menjual pasir dan kedaulatan negara.  Mazlan juga menyentuh isu Pulau Batu Putih, jambatan bengkok, jet pejuang Singapura menceroboh ruang udara Johor dan jualan air mentah kepada Singapura yang mana Malaysia dalam semua keadaan telah tunduk kepada kemahuan Singapura. Malaysia telah hilang kedaulatannya apabila berhadapan dengan Singapura.

Sdr Saifudin Nasution pula dalam ucapannya menyentuh tentang kadar jenayah yang meningkat yang berlaku didalam negara. Rasuah berlaku dengan begitu hebat dikalangan pemerintah dan dikalangan polis-polis. Dengan kemenangan besar yang diperolehi oleh UMNO dan BN dalam pilihanraya yang lalu telah menyebabkan mereka lupa untuk menjaga kesejahteraan dan keselamatan rakyat. Rakyat sepatutnya membuat perubahan dengan tidak memberikan undi mereka kepada BN dalam pilihanraya yang akan datang. Pak Lah telah memungkiri janjinya dalam pilihanraya yang lalu untuk membenteras rasuah.  

Ujang SWT.

Konvoi dan Ceramah Kemerdekaan

August 24, 2007 on 10:20 am | In Ceramah | No Comments

Jangan lupa untuk bersama-sama kami menyambut kontinjen konvoi Kemerdekaan Pas Wilayah Persekutuan pada Ahad ini  26 Ogos 2007, 9:00 pagi di Pasar Sg Besi. Konvoi akan diketuai oleh Datuk Paduka Husam Musa dan Sdr Mazlan Aliman.

Disebelah malamnya pula, ceramah kemerdekaan akan di adakan di Dataran Assyakirin, Surau Assyakirin, Flet Sri Kota, Bandar Tun razak. Program akan bermula pada 9:30 malam dan ceramah akan disampaikan oleh Sdr Mazlan Aliman dan Sdr Saifudin Nasution. Semua dijemput hadir beramai-ramai. Jumpa disana.

Ujang SWT. 

Next Page »