|
||||||||||
|
|
Tazkirah zohorJuly 30, 2007 on 3:05 pm | In Tazkirah | No CommentsKuliah zohor di Bangsar 30/7/07 oleh Ustaz Nazmi Abd Karim. Beliau menceritakan kisah Khalifah Umar Abdul Aziz semasa beliau dilantik menjadi Khalifah. Bagaimana beliau mula-mula menolak jawatan yang diberikan kepadanya. Dan juga bagaimana beliau menjaga amanah-amanah yang dibebankan ketasnya. Bukan itu saja, anak-anak dan keluarga beliau juga turut sama bimbang kalau-kalau menyalah gunakan amanah yang diberikan. Ust Nazmi membandingkan keadaan yang demikian dengan pemimpin-pemimpin yang kita ada pada hari ini. Masalah aurat contohnya langsung tidak dipedulikan oleh pemimpin tertinggi negara inikan pula masalah murtad yang semakin berleluasa. Isteri-isteri dan anak-anak tidak menutup aurat, sesuatu yang telah diketahui umum akan kewajipannya. Anak-anak, isteri dan ahli keluarga bersama-sama membaham kekayaan negara. Kebajikan rakyat langsung tidak dipedulikan. Semasa rakyat susah menanggung beban banjir di Johor, pemimpin no 1 negara sedang berseronok diluar negara makan nasi kandar. Semasa negara dirundung Ust Nazmi bimbang kalau-kalau umat islam di
Ujang SWT. Karnival Mesra Rakyat bertukar tempatJuly 30, 2007 on 12:19 pm | In Aktiviti | No Comments
Sila klik banner diatas untuk maklumat lanjut. Pertandingan tarik tali akan diadakan semasa karnival ini. Penyertaan ialah seramai 7 orang satu pasukan. Yuran penyertaan RM70. hadiah pertama wang tunai RM490, kedua RM280, ketiga RM210. Hubungi nombor yang tertera dibanner. atau datang terus mendaftar semasa program berjalan. Peraduan mewarna untuk kanak-kanak bawah 9 dan 6 tahun. penyertaan percuma. hadiah hamper yang menarik. sukaneka dengan hadiah-hadiah yang menarik. cabutan bertuah, dll. Datang, jangan tak datang. datanglah bersama keluarga dan rakan-rakan. ujang SWT. Sukan Pasti Wilayah Persekutuan meriahJuly 30, 2007 on 11:50 am | In Pasti | 1 CommentSukan Pasti wilayah Persekutuan 2007 telah diadakan pada Ahad 29 Julai semalam di Padang Varsity University Malaya. Kali ini Pemuda kawasan Lembah Pantai telah diberi mandat untuk mengendalikan sukan ini. Program bermula seawal pukul 8 pagi dan telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua Pas kawasan Lembah Pantai, Ust Azhar Yaakob. Yang Di Pertua Pas BTR juga telah hadir untuk sama-sama menyaksikan anak beliau mengambil bahagian. Kontinjen Pasti BTR telah diketuai oleh Ketua Pengarah Pasti Kawasan, Sdr Abdul Halid. Pas Bandar Tun Razak telah mengambil bahagian dengan menghantar 3 pasti nya iaitu Pasti Ar-Raudhah, Pasti Al-Aulad dan Pasti Ehsaniah. Pasti BTR telah menjadi johan dalam acara lari gelung rotan lelaki. Pasti BTR juga telah mendapat tempat naib johan dan tempat ke-3 dalam 4 acara yang lain. Syabas diucapkan kepada guru-guru yang telah bersusah payah melatih anak-anak pasti ini. Acara berakhir pada kira-kita pukul 2 petang. ujang SWT Program Karnival Mesra Rakyat sempena 50 Tahun KemerdekaanJuly 23, 2007 on 5:31 pm | In Aktiviti | No Comments
Maklumat futsal & bola jaringJuly 16, 2007 on 6:07 pm | In Aktiviti | No CommentsPertandingan Futsal & bola jaring anjuran PAS Bandar Tun RazakJuly 16, 2007 on 6:00 pm | In Aktiviti | No Comments
|
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |