|
||||||||||
|
|
Info P124 Parlimen BTRJune 26, 2007 on 4:52 pm | In Umum | No CommentsKlik disini Sambutan Hari Guru Pasti WP 2007June 26, 2007 on 4:09 pm | In UKJ | No CommentsPada 23 Jun 2007, di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras telah berlangsung program Sambutan Hari Guru Pasti Wilayah Persekutuan 2007. Majlis bermula pada pukul 9:30 pagi dan berakhir pada pukul 1:00 tengahari. Kira-kira 30 orang guru Pasti dari 15 buah pasti yang ada di sekitar Kuala Lumpur telah hadir untuk meraikan majlis yang khas diadakan untuk mereka. Turut hadir ialah wakil-wakil dari Dewan Pemuda Pas Wilayah dan Dewan Muslimat Pas Wilayah, pengarah-pengarah pasti kawasan-kawasan dan pengurus-pengurus pasti. Wakil-wakil dari Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan Bandar Tun Razak juga hadir untuk memeriahkan majlis tersebut.
Yang Di Pertua Pas Kawasan Lembah Pantai, Ustaz Azhar Yaakob telah merasmikan program dengan memberikan ucapan motivasi guru dalam mendidik anak bangsa untuk menjadi muslim dan muslimat yang soleh dan solehah. Di akhir program, hadiah-hadiah untuk guru-guru cemerlang dan tokoh guru Pasti Wilayah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Pasti Wilayah, Ustaz Mohd Adlin Salleh. Berikut adalah pemenang anugerah tersebut: 1) Guru cemerlang Kawasan Batu, Pn Faziah Osman dari Pasti Ar-Rasyidin. 2) Guru cemerlang Kawasan Bandar Tun Razak, Pn Norhayati Osman dari Pasti Ar-Raudhah. 3) Guru cemerlang Kawasan Lembah Pantai, Pn Saedah Abas dari Pasti An- Nur. 4) Guru cemerlang Kawasan Titiwangsa, Pn Rahayu Rajab dari Pasti Al-Ummah. 5) Guru cemerlang Kawasan Segambut, Pn Siti Khadijah Ismail dari Pasti Al-Huda2. 6) Guru cemerlang Kawasan Wangsa Maju, Pn Aina Majida Aisa dari Pasti Al-Hilmi. 7) Tokoh guru Pasti WP, Pn Faziah Osman dari Pasti Kawasan Batu.
Minggu depan, kami akan bertolak ke Kota Bharu, Kelantan untuk menghadiri program sambutan hari guru pasti peringkat kebangsaan pula. Disamping itu juga perlawanan bola sepak dan bola jaring antara pelajar-pelajar pasti peringkat kebangsaan akan diadakan disana. Selamat bertolak!
Usrah Gabungan KawasanJune 25, 2007 on 11:38 am | In Tazkirah | 1 CommentPada Khamis yang lalu, Pas BTR sekali lagi telah menjemput Ust Yusof Embong, Timbalan Pesuruh Jaya Pas Pahang untuk memimpin usrah kawasan yang diadakan di markaz kawasan Plaza Phoenix. Usrah telah dihadiri antara lain oleh YDP dan Ketua Penerangan PAS BTR. Ustaz Yusof Embong dengan power point presentation nya telah menjelaskan ucapan dasar presiden pada muktamar yang lalu kepada ahli-ahli pas BTR yang hadir pada malam itu.
Antara lain yang disentuh ialah terdapatnya 3 golongan manusia semasa pemerintahan Firaun dizaman Nabi Musa a.s yang menyebabkan kerosakan kepada masyarakat dan negara. 3 golongan itu ialah pemimpin yang diketuai oleh Firaun sendiri, golongan ahli politik yang diketuai oleh Hamman dan golongan korporat yang diketuai oleh Qarun. Mereka ini telah memperbodohkan rakyat dikala itu demi untuk terus kekal berkuasa dan mengaut segala khazanah kekayaan negara. Perkara yang sama juga sekarang sedang berlaku di negara yang kita cintai ini. Rakyat dinafikan untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar. Rakyat dilekakan dengan hiburan dan dibelenggu kehidupan mereka dengan berhala madiyyah(materialism). Ini telah menimbulkan bermacam-macam masalah kepada masyarakat dan negara. Semua perkara ini perlu ditangani oleh pas yang mengambil platform Demokrasi dalam memperjuangkan Islam dan keadilan.
Untuk menjamin demokrasi di tegakkan dalam pilihanraya yang akan datang ini, Pas mendesak SPR sebagai permulaan supaya: 1) Membuat pembersihan terhadap daftar pemilih 2) Menggunakan cap jari dengan dakwat semasa pengundian 3) Menghapuskan undi pos Ahli-ahli pas diingatkan yang mereka WAJIB untuk berjuang bersama-sama untuk menentang penipuan dan kezaliman. Sekiranya SPR dan kerajaan gagal untuk memenuhi 3 tuntutan tadi, Pas akan turun kejalanraya untuk menuntutnya dan ahli-ahli pas semuanya WAJIB UNTUK TURUN MENYERTAINYA!
Sudah bersiap sediakah kita untuk menyambutnya? Tepuk dada tanya iman perjuangan masing-masing. Forum PerdanaJune 25, 2007 on 10:10 am | In Aktiviti | No CommentsTarikh : 30 Jun 2007 (Sabtu) Masa : 8:00 mlm – 10:00 mlm Tempat : Perkarangan Surau Al-Aula, Flet Sri Labuan Bandar Tun Razak, Tajuk : Kesihatan Diri Jambatan Kebahagiaan di Akhirat Ahli Panel : Ustaz Zaharudin Abdul Rahman (Penasihat Syariah Perbankan Islam Antarabangsa) : Ustaz Amran Abdullah (Pegawai Dakwah PERKIM Pusat) : Ustazah Nuridah Salleh (Yayasan Amal M’sia cawangan WP) Moderator : Ustaz Mohd Nazri Chik (Pegawai Bank Islam) Anjuran : Perkim BTR, Yayasan Amal M’sia dan Surau Al- Aula
Semua dijemput hadir.
Aktiviti Dewan Pemuda PAS PusatJune 21, 2007 on 10:27 pm | In Umum, Lawatan, Aktiviti | 2 CommentsSekitar aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.
Melawat adik Ahmad Sabirin Tarmizi yang tanpa usus di rumahnya pada 19 Jun 2007. Diketuai oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua Pemuda PAS; Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Naib Ketua Pemuda PAS; Kamarulzaman Mohamed, Exco Pemuda PAS merangkap Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan. Pemuda PAS memberikan sumbangan kewangan kepada keluarganya.
Kunjungan hormat dan perbincangan dengan Majlis Belia Malaysia pada 19 Jun 2007. MBM diketuai oleh Dato’ Shamsul Anuar Nasrah, Presiden MBM; YB Dato’ Idris Haron, Timbalan MBM dan beberapa gabungannya, manakala Pemuda PAS diketuai oleh Ustaz Nasrudin Hassan, Timbalan; Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, Naib; Ahmad Sabki Yusuf, Setiausaha; Ustaz Musoddak Ahmad, Penolong Setiausaha; Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan dan Khairul Faizi Ahmad Kamil, Exco merangkap Ketua Pemuda PAS Johor.
Serahan memorandum bantahan anugerah yang diberikan kepada Salman Rushdie oleh Kerajaan British pada 20 Jun 2007. Memorandum diserahkan oleh YB. Salahuddin Ayub, Ketua Pemuda PAS; Dr Mohd Hatta Ramli, Bendahari PAS dan Ahmad Sabki Yusuf, Setiausaha kepada James Paver, Pegawai Politik, Ekonomi dan Perhubungan Awam Kedutaan British. Legasi Tun Razak: Percubaan pemimpin UMNO menyembunyikan kelemahan Kerajaan BNJune 21, 2007 on 4:45 pm | In Umum, Media | No CommentsKENYATAAN MEDIA (21 JUN 2007) Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius intipati program Seminar Legasi Tun Razak Kepada Pembangunan Negara pada 15-16 Jun 2007 yang lalu di mana para pemimpin Umno cuba menggunakan seminar ini untuk menonjolkan kehebatan kepemimpinan Tun Razak melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB). PAS tidak menolak peranan Tun Razak yang begitu besar dalam mengangkat semula martabat orang Melayu selepas tragedi 13 Mei 1969. Bahkan, PAS menganggap Tun Razak adalah tokoh yang berwawasan dalam membangunkan bangsa Melayu. Malangnya, kecemerlangan Tun Razak cuba dipropagandakan oleh pemimpin Umno pada hari ini melalui Seminar Legasi Tun Razak untuk menutup kelemahan, penyelewengan dan kegagalan Kerajaan BN mencapai objektif DEB. Pendedahan dan maklumat baru tentang usaha-usaha dan strategi Tun Razak untuk membangunkan Malaysia melalui seminar ini memang bermanfaat kepada pengkaji dan ahli akademik, tetapi tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat. Selepas melancarkan DEB, Tun Razak telah kembali ke rahmatullah pada 1975 tanpa dapat melihat kejayaan atau kegagalan dasar ini yang disasarkan pada 1990. 20 tahun selepas DEB dilancarkan, ternyata sasaran untuk membentuk 30 peratus ekuiti Melayu tidak dapat dicapai, bahkan sebahagian besar daripada ekuiti yang dikatakan ‘milik’ orang Melayu itu adalah dipunyai oleh agensi kerajaan seperti MARA, UDA dan lain-lain. Bahkan, orang Melayu yang telah kehilangan sebahagian besar hak-hak mereka yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan kerana pengkhianatan pemimpin Umno/BN. Lihat sahaja nasib tanah rezab Melayu, biasiswa, kuota universiti, bahasa Melayu dan juga kedudukan agama Islam yang semakin terancam yang boleh dianggap counter productive kepada DEB yang ingin mengimbangi pembangunan kaum di negara ini. Continue reading Legasi Tun Razak: Percubaan pemimpin UMNO menyembunyikan kelemahan Kerajaan BN… Next Page » |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |