Selamat Bermuktamar

May 31, 2007 on 8:59 pm | In Politik | No Comments

PAS Kawasan Bandar Tun Razak mengucapkan Selamat Bermuktamar kepada perwakilan dan pemerhati pada Muktamar PAS ke-53 di Kota Bahru.

Kekalahan Lina Joy adalah kemenangan untuk Umat Islam

May 31, 2007 on 3:47 pm | In Umum | 1 Comment

Alhamdulillah, keputusan Mahkamah Persekutuan telah memihak kepada Islam. Keputusan terakhir:

Mahkamah Persekutuan dengan majoriti 2:1 menolak rayuan Azlina Jailani (Lina Joy) untuk menukar status agama di dalam kad pengenalannya dan mengisytiharkan bahawa orang Islam tidak boleh murtad di bawah artikel 11 Perlembagaan kecuali dengan kebenaran Mahkamah Syariah.

Implikasi bagi survival Islam di negara ini adalah amatlah buruk sekiranya kes Lina Joy dimenangkan dan beliau dibenarkan menukarkan agamanya secara terbuka di mahkamah sivil. Tentunya mereka yang berfikiran liberal dan juga mereka yang dihinggapi penyakit Islamfobia akan mencerca Islam dan memberi gambaran yang seburuk-buruknya mengenai agama Allah s.w.t. yang suci ini. Hakikatnya tetap tidak akan berubah, bahawa Malaysia tidak akan sekali-kali memberikan legitimasi perundangan kepada golongan murtad melalui mahkamah sivil, dan sebarang perkara mengenai agama Islam hanyalah boleh diputuskan di Mahkamah Syariah.

Dan itulah yang kita harapkan daripada keputusan ini.

Sumber

Jangan Futur wahai para amilin

May 22, 2007 on 10:12 am | In Tazkirah | No Comments

Pada malam sabtu yang lalu telah diadakan usrah gabungan di markas Pas Bandar Tun Razak. Usrah telah dipimpin oleh Ustaz Yusof Embong, Timbalan Pesuruh Jaya Pas Pahang. Antara yang hadir ialah Yang Di Pertua Pas BTR, Sdr Shukor Aziz dan Ketua Penerangan Pas Kawasan. Didalam usrah tersebut antara lain Ustaz Yusof mengingatkan peri pentingnya faktor petugas atau jentera parti dalam menjana kemenangan Pas dalam Pilihanraya yang akan datang. Walaupun banyak faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi kemenangan Pas, tetapi faktor yang paling utama ialah perlunya para amilin Pas mempunyai saksiah diri yang baik, daya juang yang tinggi dan hubungan dengan Allah yang baik.

Para petugas Pas tidak sepatutnya terlibat dengan perkara-perkara seperti memakan duit haram, menyalah gunakan kuasa, mengkhianati amanah dan lain-lain.

 

Para pejuang Pas sepatutnya membina ukhwah yang baik sesama ahli dan pimpinan. Dalam menyentuh tentang pemilihan pimpinan dalam Muktamar yang akan datang, beliau berkata tidak sepatutnya berlaku fitnah memfitnah dan laga melaga diantara ahli dan pemimpin. Tiada Profesional sekular didalam Pas. Semua yang menjadi ahli Pas akan akur kepada perlembagaan parti yang mengambil islam sebagai landasan perjuangan. Istilah Profesional sekular diwujudkan oleh musuh-musuh pas untuk melaga-lagakan gologan ulamak dan profesional. Kedua-dua golongan ini penting dalam menjayakan misi Pas memperjuangkan islam.    

 

Akhir sekali perkara yang disentuh ialah Masalah FUTUR atau gugur dalam perjuangan dikalangan petugas.

Para petugas pas dinasihatkan untuk memahami masalah futur ini demi mengelakkan perkara tersebut terjadi keatas diri mereka. Kami dinasihatkan agar berjuang atas dasar kefahaman islam dan bukannya atas dasar semangat atau isu-isu yang berlaku. Matlamat Pas ialah menegakkan Islam di negara yang tercinta ini dan matlamat kemuncaknya ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

 

Didalam perjalanan balik kerumah malam itu, tergambar didalam benak pemikiran penulis wajah-wajah sahabat-sahabat yang dulunya sama-sama berpenat lelah berjuang didalam Pas terutamanya didalam Dewan Pemuda Pas BTR, tetapi kini telah hilang dari persada perjuangan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua dan semoga Allah menetapkan hati-hati kami yang sedang berjuang ini untuk terus beristiqamah dengan perjuangan ini. Sesungguhnya perjalanan perjuangan ini terlalu panjang dan masa itu sendiri menjadi cabaran yang sangat besar untuk diharungi dalam menggapai kemenangan yang tak kunjung datang.

Selamat Hari Guru Cikgu!

May 18, 2007 on 5:36 pm | In Umum | No Comments

Setelah membaca tulisan ucapan hari guru oleh Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merangkap Timbalan Ketua Pengarah PASTI Pusat, saya terpanggil untuk menulis sedikit tentang sejarah pasti-pasti yang berada di Parlimen Bandar Tun Razak ini. Bermula pada tahun 2004, Dewan Pemuda Pas BTR(DPPBTR) yang diketuai oleh Sdr Kamarul Aznam pada masa itu telah mengambil initiatif untuk menubuhkan satu-satunya pasti yang benar-benar diseliakan oleh DPPBTR. Pasti tersebut telah diberi nama Pasti Ar-Raudhah dan teletak di Taman Jaya. Sebelum itu telah ada pasti di Surau Muhammadiah di Flet Sri Pulau Pinang tetapi telah ditutup apabila UMNO telah mengambil alih pengurusan surau tersebut. Sebelum itu juga telah ada dua lagi Pasti di BTR iaitu Pasti Al-Kauthar1 dan Al-Kauthar2. Satu terletak di Taman Desa Baiduri dan satu lagi terletak di Taman Mulia. Tetapi kedua-dua pasti ini boleh dikatakan tidak langsung bernaung di bawah DPPBTR. Pasti Al-Kauthar1 masih lagi beroperasi sedangkan Pasti Al-Kauthar2 sudahpun ditutup.

 

Bermula dengan dengan Pasti Ar-Raudhah di Taman Jaya yang kemudiannya berpindah ke Taman Midah pada tahun lepas, dengan pengalaman saya menguruskan pasti ini sejak tahun 2005 telah memberi saya momentum untuk membuka lebih banyak lagi Pasti di BTR. Lahirlah kemudiannya Pasti Al-Aulad yang terletak di Taman Minang pada tahun lepas dan Pasti Ehsaniah di Taman Damai Indah pada tahun ini. Pasti Ar-Raudhah dan Al-Aulad sudah boleh berdiri dengan kukuh sedangkan Pasti Ehsaniah masih lagi ditahap berjalan jatuh. InsyaAllah, saya dan sahabat-sahabat di DPPBTR akan

cuba membaiki mutu pelajaran dan prasarana  pasti-pasti ini dari masa ke masa dan memastikan  Pasti BTR adalah tadika pilihan ibubapa yang mahukan pembelajaran pra-sekolah islam terhadap anak-anak mereka.

 

Disini saya mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru-guru pasti di Kawasan Parlimen BTR terutamanya Cikgu Yati di Pasti Ar-Raudhah dan Cikgu Ida di Pasti Al-Aulad kerana dengan adanya mereka ini saya dapat menjalankan urusan menguruskan pasti-pasti ini dengan lancar. Terima kasih diatas segalanya walaupun bayaran yang diterima tidak setimpal dengan masa dan tenaga yang dikorbankan. Semoga Allah memberi ganjaran yang sebesar-besarnya di akhirat kelak kepada semua guru-guru pasti diatas penat lelah mereka dalam mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang soleh dan solehah. SELAMAT HARI GURU CIKGU!

 

dari

Ketua Pengarah Pasti BTR merangkap

Timbalan Pengarah Pasti Wilayah merangkap

Timbalan Ketua Pemuda BTR

 

Ceramah maghrib Ust Yusof Embong

May 16, 2007 on 12:24 pm | In Delima | No Comments

Ceramah Maghrib

Tarikh    : 19 Mei 2007 (Sabtu)                                             Masa      : Selepas Maghrib                                                     Tempat  : Surau Taman Minang, Cheras             Pencearamah : Ust Yusof Embong dari Pahang

semua dijemput hadir                      

                                     

PAS BTR mencalunkan Ust Nasha bertanding di Bandar Tun Razak

May 16, 2007 on 11:51 am | In Parlimen BTR | No Comments

Dalam mesyuarat AJK Pas kawasan BTR semalam, mesyuarat telah bersetuju untuk meletakkan Ust Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas sebagai calun pilihan pertama untuk bertanding atas tiket Pas di Parlimen Bandar Tun Razak sekiranya diberi laluan oleh PKR. Pas BTR merasakan perlunya PKR memberi peluang untuk Pas bertanding pula untuk pilihanraya yang akan datang setelah PKR gagal memenangi kerusi parlimen BTR dalam 2 pilihanraya yang lalu. Pas BTR juga merasakan perlunya meletak calun yang memegang jawatan di peringkat pusat untuk bertanding di sini. Calun-calun lain yang dicadangkan oleh Pas BTR kepada Badan Perhubungan Wilayah untuk dipanjangkan kepada Pas Pusat ialah Datuk Paduka Haji Husam Musa, Sdr Ann Wann Seng dan Dr Lo’ Lo’ Ghazali.

Dalam perkembangan lain, untuk pemilihan jawatan-jawatan Pas Pusat dalam Muktamar Agung Jun ini, Pas BTR mengambil keputusan untuk mengekalkan 5 jawatan teratas. Ust Hadi Awang kekal sebagai Presiden, Ust Nasharudin sebagai Timbalan Presiden, dan Naib Presiden  untuk Hj Husam Musa, Hj Mohamad Sabu dan Dr Hassan Ali.  Mereka ini perlu diberi tempoh sepenggal lagi untuk dinilai samada telah menjalankan peranan dengan baik atau tidak.  Perwakilan-perwakilan Pas BTR akan diketuai oleh YDP Sdr Shukor Aziz bertolak ke Kota Bharu pada malam Khamis 31 Mei 2007. Selamat bermuktamar! 

Next Page »