DPPWP Mengutuk Samseng UMNO Yang Menyerang dan Merompak Petugas PAS

April 29, 2007 on 11:33 pm | In Media | No Comments

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk tindakan ganas samseng-samseng UMNO yang telah menyerang dan merompak Petugas-petugas Pilihanraya BA pada pukul 6.15 pagi, 28 April 2007 iaitu pada pagi hari pengundian di Ijok.

DPPWP telah menghubungi mangsa kejadian iaitu seorang pemuda PAS dari Hulu Langat, Saudara Nazar Abd Latif bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, selepas solat subuh beliau dan 5 orang petugas lain telah melihat satu banner yang tertulis “Anwar Agen Yahudi” digantungkan di tepi jalan, tidak jauh dari Bilik Gerakan Pilihanraya BN yang dihuni oleh ahli UMNO Klang.

Pemuda-pemuda ini telah cuba menurunkan banner berkenaan. Namun sebelum sempat banner diturunkan, seramai lebih 40 orang petugas UMNO Klang dari dalam longkang yang berhampiran telah menyerang mereka. Rupa-rupanya Samseng UMNO ini sengaja memasang banner tersebut sebagai perangkap dan bersembunyi di dalam longkang sambil menantikan mangsa mereka.

Mereka sanggup tidak bersolat subuh semata-mata untuk melakukan tindakan keji tersebut. Petugas UMNO yang berusia sekitar 20-40 tahun ini telah menyerang mereka beramai-ramai dengan bersenjatakan kayu dan belantan. Dalam keadaan panik, 3 orang dari petugas PAS ini sempat melarikan diri dengan sebuah kereta menuju ke Balai Polis berhampiran.

Nazar bersama 2 orang lagi petugas iaitu Abu Bakar dan Mat Jan telah dipukul beramai-ramai tanpa belas kasihan ditengah-tengah jalan. Beberapa kenderaan yang lalu cuba berhenti untuk membantu, namun mereka terpaksa memecut laju bila mana samseng UMNO ini membaling kayu panjang ke arah mereka sebagai amaran untuk tidak masuk campur.

Sebuah kereta kancil telah terkena kayu berkenaan dan pemandunya telah membuat laporan di Balai Polis berdekatan yang teletak hanya 50 meter dari tempat kejadian.

Beberapa anggota Polis telah tiba setelah menerima 2 laporan. Apa yang mengecewakan adalah sikap pegawai Polis tersebut kerana tidak berbuat apa-apa. Mereka hanya memerhatikan ahli-ahli UMNO ini memukul petugas PAS berkenaan sehingga mereka lemah dan tidak berdaya untuk bangun.

Continue reading DPPWP Mengutuk Samseng UMNO Yang Menyerang dan Merompak Petugas PAS…

Ceramah Penerangan Pas Wilayah

April 27, 2007 on 12:32 pm | In Ceramah | 2 Comments

Majlis pelancaran bulan penerangan Pas Wilayah Persekutuan telah ditukar tempatnya ke Dataran Assyakirin, Flet Sri Kota, Bandar Tun Razak. Program seperti yang dijadualkan akan diadakan pada Sabtu 28/4/07 bermula 9:30 malam. Penceramah jemputan ialah Ust Nasharudin Mat Isa, Ann Wann Seng dan Hj Mohamad Noor Mohamad. Semua dijemput hadir.

Turki

April 24, 2007 on 3:20 pm | In Umum | No Comments


    Apabila Islam dan Politik dipisahkan lihatlah hasilnya. Contoh sekularisma yang telah berusia 80 tahun. Hijab diharamkan di Institusi Pengajian, diharamkan didalam Parlimen. Lihatlah bagaimana hinanya Ata Turk mengimport budaya barat.

    Kebanyakan perkara yang telah berlaku di Turki banyak yang sudah berlaku di Malaysia. Ada juga yang tidak dapat berlaku hasil penentangan pejuang-pejuang Islam. Persoalannya, sejauh mana kita akan bertahan jika kita sendiri menghentam pejuang-pejuang Islam ini. Takbir!!!!

Cadangan melupuskan “kereta tua” perlu diteliti

April 24, 2007 on 3:12 pm | In Media | No Comments

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kurang bersetuju terhadap cadangan bagi melupuskan kereta tua yang berusia lebih15 tahun yang diutarakan oleh Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 April 2007.

DPPWP, melihat bahawa cadangan FMCCAM ini perlu diteliti kerana ia melibatkan banyak pihak dan implikasinya juga besar.

Setiausaha Agungnya, Khoo Kah Jin juga mencadangkan agar pihak PROTON memberi baucar sebanyak RM 5,000 kepada pemilik kenderaan bagi membolehkan kereta mereka dilupuskan.

Bagi DPPWP, cadangan ini sebenarnya tidak dapat menyelesaikan masalah kemerosotan jualan kereta PROTON memandangkan ini bukanlah punca masalah sebenar kepada kerugian yang dialami oleh PROTON dan juga pengedar kereta-kereta baru diseluruh Negara kebelakangan ini.

Baucer RM 5,000 bukan sahaja akan merugikan PROTON tetapi ianya juga akan menambah beban kewangan bagi PROTON. Diskaun RM 2,000 - RM 5,000 sebenarnya sudah diberikan oleh PROTON melalui promosi jualannya. Inisiatif ini sudah ada, namun pengguna masih lagi kurang berminat dengan kenderaan PROTON memandangkan diskaun ini turut menyebabkan jumlah aksesori dan kualiti kenderaan yang diberikan turut berkurangan.

Selain itu, masalah lambakan 60,000 unit kereta terpakai juga bukanlah alasan untuk pengguna dipaksa melupuskan kenderaan tua mereka.

Continue reading Cadangan melupuskan “kereta tua” perlu diteliti…

Ceramah Bulan Penerangan PAS Wilayah

April 24, 2007 on 10:23 am | In Ceramah | No Comments

Ceramah pelancaran Bulan Penerangan Pas Wilayah Persekutuan akan diadakan pada 28/4/07 di Markas Cawangan Kg Malaysia Tambahan. Program bermula pada pukul 10 malam. Penceramah jemputan ialah Ust Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden Pas, Ust Ahmad Awang, Ketua Penerangan Pas Pusat, dan Pengerusi Badan Perhubungan Pas Wilayah Tn Hj Mohamad Noor Mohamad. Program anjuran Badan Perhubungan Pas Wilayah. Semua rakyat setempat dijemput hadir.

Mesyuarat DPPBTR

April 24, 2007 on 10:16 am | In UKJ | No Comments

Mesyuarat bulanan Dewan Pemuda Pas Bandar Tun Razak(DPPBTR) akan diadakan pada Rabu 25/4/07  9:30 malam di Pasti Ar-Raudhah. Semua AJK pemuda diminta hadir. 

Next Page »