|
||||||||||
|
|
betul ke ni…?June 29, 2009 on 5:47 pm | In Parlimen BTR | No CommentsKUALA LUMPUR, 25 Jun — Yang Dipertua PAS kawasan Bandar Tun Razak, Mohd Shukor Abdul Azz berkata beliau dan barisan kepemimpinan PAS kawasan tidak tahu dan tidak mempunyai maklumat kononnya Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi Anggota Parlimen Bandar Tun Razak. Mohd Shukor yang juga Setiausaha Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat daripada mana-mana seumber untuk mengesahkan spekulasi kononnya akan berlaku kekosongan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak. Isu kekosongan kerusi Parlimen ini timbul kembali di kalangan pemerhati politik berikutan penyertaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini. Isu kekosongan kerusi ini dijangka berlaku selepas selesai pilihan raya kecil Dun Manik Urai di Kelantan. Zaid dikatakan akan bertanding di situ untuk membolehkan beliau memasuki Dewan Rakyat balik dan seterusnya membantu Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, Mohd Shukor mengakui isu kekososngan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pernah timbul beberapa bulan sebaik sahaja selesai pilihan raya umum ke-12 lalu. “Ketika itu Khalid baru dilantik sebagai Menteri Besar Selangor”. “Kami pernah mendengar isu tersebut ketika Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor tetapi selepas setahun berlalu kami tidak pernah mendengar isu ini dibangkitkan kembali,” katanya lagi. Secara peribadi dia melahirkan kurang setuju jika pilihan raya kecil Parlimen diadakan di kawasan tersebut memandangkan kecenderungan pengundi Melayu masih kurang berpihak kepada Pakatan Rakyat. “Walaupun Pakatan Rakyat mendapat sokongan padu dari kalangan pengundi bukan Melayu namun sokongan pengundi Melayu amat diperlukan bagi membantu kemenangan calon dalam pilihan raya kecil ini,” katanya. Walaupun dia akur dalam setiap aktiviti yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat lebih mendapat sambutan berbanding dengan Umno mahupun Barisan Nasional namun segala-galanya bergantung kepada isu semasa. Shukor menyifatkan situasi politik di Parlimen ini adalah 50-50 memandangkan majoriti undi yang diperolehi dalam pilihan raya umum ke-12 lalu adalah 2,515. “Jika dalam kawasan Parlimen jumlah majoriti undi demikian disifatkan sebagai `kurang selamat’ berbanding dengan kawasan DUN,” katanya lagi. Beliau juga berpendapat segala-galanya bergantung kepada Khalid sendiri selaku Ahli Parlimen dan Menteri Besar samada mahu mengosongkan kerusi atau sebaliknya “Jika dia yakin dan tetap berkemampuan memegang kedua-dua kerusi ini, kenapa perlu dia melepaskan jawatan,” katanya. Bagaimanapun sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat, Shukor menjelaskan parti dan kepemimpinan PAS kawasan tetap bersiap sedia untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan strategi jika kemungkinan ini berlaku. Oleh Samsuri Roslan Jom makan durianJune 29, 2009 on 9:53 am | In Aktiviti | No CommentsMalam tadi, PAS cawangan Taman Mewah telah menganjurkan program ‘jom makan durian’. Cumanya saya terlupa nak post kan program tu di web ini sebelum ianya diadakan. Program malam tadi telah mendapat sambutan yang begitu baik sekali. Ramai yang datang dan ramai juga yang telah mengisi borang untuk menjadi ahli PAS. Ustaz Yusof Embong, Timbalan Pesuruh Jaya PAS Pahang telah hadir pada malam tadi untuk sedikit mengisian tazkirah. Maaf kerana agak terlambat sedikit kerana sebelum itu kami ada program ceramah keibubapaan di Surau Taman Minang. Tahniah diucapkan kepada PAS Cawagan Taman Mewah atas kejayaan program ini. Syabas kepada semua dan terima kasih diatas durian-durian yang disajikan. Kenyang woi! Tarbiyyah sebagai asas perjuanganJune 26, 2009 on 3:04 pm | In Lajnah | No CommentsLajnah tarbiyyah PAS BTR sekarang dalam usaha-usaha untuk memastikan setiap cawangan ada mengadakan usrah. Begitu juga dengan dewan-dewan dan kawasan. Setiap cawangan dan dewan dikehendaki mengadakan usrahnya sekurang-kurang sekali sebulan dan sebaik-baiknya dua kali sebulan. Usrah AJK kawasan telah bermula pada bulan ini dengan ditetapkan setiap isnin minggu ke-4, sekali sebulan. Format dan bahan usrah juga telah diseragamkan oleh lajnah tarbiyyah. Semuanya sekarang terletak kepada cawangan-cawangan untuk berusaha mengadakan. Lajnah tarbiyyah akan sentiasa membuat pemantauan dan ‘follow up’ untuk memastikan proses asas tarbiyyah ini dapat dilaksanakan disemua peringkat. Kata-kata peringatan dari Almarhum Prof Zulkiflee Muhammad: “Saya perlu memberitahu kepada saudara-saudara bahawa satu daripada syarat kejayaan bagi sesuatu turunan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa-apa, mungkin tidak kuat. Tetapi kalau keikhlasan ada pada kita, maka akan ada harapan cita-cita kita ini dapat kita laksanakan. Tetapi tidak ada gunanya jika kita cerdik, cerdas, pandai dan kuat sekiranya kita tidak ikhlas kepada apa yang hendak kita perjuangkan.” Kota Bharu, 4 Mei 1964. Ujang SWTSU fuhh..ramainya orangJune 24, 2009 on 3:09 pm | In Ceramah | No CommentsAlhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana program ceramah yang kita anjurkan pada malam tadi di Madrasah Assyakirin dapat berjalan dengan baik tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini walaupun ada pihak-pihak yang cuba mengganggu kelancaran program tersebut. Terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan oleh pihak polis yang telah mengawal keadaan tempat ceramah dengan baik. Buat pertama kalinya sepanjang saya menjadi pengerusi majlis ceramah melihat begitu ramai hadirin yang hadir. Mungkin disebabkan promosi yang baik yang dilakukan oleh lajnah penerangan PAS BTR ataupun aura penceramah-penceramah yang dijemput terutamanya Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaludin. Message yang diberikan oleh penceramah-penceramah pada malam tersebut begitu jelas sekali meminta semua rakyat agar meninggalkan UMNO BN dan meyertai parti-parti yang berada dalam PR terutamanya PAS. UMNO BN selama memerintah Malaysia telah berlaku zalim dan bertindak diluar undang-undang demi untuk mengekalkan kuasa mereka. Itulah yang telah berlaku kepada DUN perak. Pemimpin UMNO BN telah terlalu sarat dengan rasuah dan salah guan kuasa. PAS BTR telah melancarkan kempen ‘jom sertai PAS’ yang disempurnakan oleh YB Nizar. Selepas program berakhir, beberapa borang kemasukan ahli telah dihantar kepada kami. Dan InsyaAllah ada yang akan menyusul kemudian. Kepada yang berminat untuk menyertai kami dan sama-sama berjuang menegakkan islam di bumi Malaysia yang tercinta ini, sila hubungi ketua-ketua cawangan di tempat anda tinggal. Terima kasih kepada semua yang telah berusaha menjayakan program malam tadi dan InsyaAllah kita akan bertemu lagi untuk ceramah-ceramah yang lain pula. Ujang SWTSU. AHLI PAS DIMINTA BERTENANG, TUNGGU ARAHAN RASMIJune 19, 2009 on 7:55 am | In Umum | No CommentsOleh Ustaz Haji Idris Ahmad SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis. Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada “qarun-qarun” yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi. Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok. Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya. Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur. Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun. Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini. Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti. Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas. Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: “Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu.” Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Berjamaah itu rahmat.” Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan. Bersandarkan nas syara’ Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara’ dan fiqh siasi. Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita. Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan. Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita. Penulis Ketua Penerangan PAS Pusat MUTIARA KATA…June 15, 2009 on 6:52 am | In Umum | No Comments“Marilah kita mengurus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam, supaya Islam yang kita perjuangkan itu mampu dilihat sebagai pemandu dalam segala bentuk amalan kita. Kita ingin memimpin perubahan dalam negara kita dengan Islam. Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh.” YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang |
![]()
Powered by WordPress. Theme designed by Lunarpages Web Hosting. |